top of page

Tempatkan segera doktor pelatih ke hospital memerlukan - Menteri



Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengambil maklum isu kekurangan doktor seperti yang tular baru-baru ini.


Melalui satu hantaran di platform X pada khamis Dr Dzulkefly berkata, beliau sudah memberi arahan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan agar doktor pelatih segera ditempatkan ke hospital-hospital daerah yang memerlukan.


"Saya amat sedar dan insaf dengan keluhan para petugas saban hari dan minggu. Namun ditegaskan, saya telah mengarahkan Datuk Ketua Pengarah Kesihatan supaya segera menempatkan kembali doktor pelatih ke hospital-hospital daerah yang memerlukan.


"Langkah-langkah tambah baik jangka sederhana dan panjang juga sedang dilaksanakan," katanya melalui hantaran tersebut.


Sebelum ini tular gambar di sebuah papan kenyataan di sebuah hospital di Kulim, Kedah yang memaklumkan situasi mereka yang kekurangan doktor.


Menerusi kenyataan yang tertera, pihak hospital meminta maaf kerana masa menunggu pesakit untuk mendapatkan rawatan mungkin mengambil masa lebih lama iaitu sehingga lima jam.


"Doktor kami kerja sampai naik pengsan. Lapan (doktor) sakit masih kerja. Ada yang sudah letak jawatan, pergi swasta.


"Kami ingin berkhidmat untuk rakyat tetapi kami juga manusia, boleh penat dan sakit. Harap tuan-tuan dan puan-puan faham. Minta maaf," kata kenyataan yang tular tersebut.


Sebagai rekod Dr Dzulkefly baru-baru ini memaklumkan, kementeriannya sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung perancangan keperluan sumber manusia di fasiliti kesihatan kerajaan.


Ia jelasnya bagi memastikan sumber manusia atau jumlah petugas seperti doktor, pakar perubatan dan jururawat dapat disediakan secukupnya selari dengan fasiliti kesihatan yang dibangunkan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page