top of page

Teliti semula cadangan KKM Waktu Bekerja Berlainan - Chun Kuang



Oleh: Akmal Manaf


Cadangan pelaksananan sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu diteliti semula dan ditambah baik dengan mengambil kira semua pandangan pihak berkepentingan, khususnya yang terlibat secara langsung dalam sektor berkenaan.


Perkara tersebut disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang yang menyifatkan pandangan kritikal dan konstruktif perlu dinilai sebagai satu bentuk semak dan imbang yang mampu memperkukuhkan dasar pentadbiran.


Beliau berkata, cadangan pelaksanaan itu berpotensi menyebabkan pengurangan elaun yang merupakan sebahagian daripada sumber pendapatan penting bagi petugas kesihatan, terutamanya bergaji rendah atau dalam status kontrak.


Selain itu katanya, sistem baharu dilihat tidak praktikal kerana ianya kurang fleksibel untuk memenuhi keperluan dinamik sektor kesihatan yang sentiasa menghadapai situasi kecemasan dan beban kerja yang berubah-ubah.


"Maka tujuan asal sistem untuk meningkatkan keseimbangan kerja-kehidupan mungkin tidak tercapai sekiranya waktu kerja tidak diatur dengan baik, menyebabkan tekanan fizikal dan mental kepada petugas bertambah.


"Walaupun WBB bertujuan mengurangkan keletihan, meningkatkan kualiti hidup dan kebajikan pegawai perubatan serta memperbaiki perkhidmatan kepada masyarakat, namun terdapat kebimbangan dan ketidakcukupan yang telah diutarakan petugas kesihatan.


"Perkara itu diutarakan ketika berlangsugnya Majlis Libat Urus Sesi Town Hall, yang patut diberi perhatian dan diteliti semula agar pelaksanaannya mencapai matlamat yang disasarkan.


"Saya memuji inisiatif KKM dalam menganjurkan sesi libat urus melalui Majlis Town Hall kerana ia memberikan ruang kepada petugas kesihatan untuk menyuarakan kebimbangan mereka.


"Pendekatan ini menunjukkan komitmen KKM di bawah pimpinan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam memahami realiti sebenar yang dihadapi di lapangan," ujarnya dalam satu kenyataan.


Chun Kuang yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, berharap sikap keterbukaan KKM seperti penganjuran sesi town hall dapat diteruskan dalam setiap cadangan dasar baharu di setiap peringkat pentadbiran kerajaan pada masa hadapan.

"Melibatkan pendapat semua pihak berkepentingan merupakan kunci utama untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar demi kebaikan bersama.


"Saya juga yakin Dr Dzulkefly akan meneliti semua pandangan berkenaan dan mencari jalan penyelesaian yang adil serta memuaskan hati semua pihak," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page