top of page

Teknologi AI: Pertempuran di media sosial lebih sengit menjelang PRU 16



Penguasaan terhadap media sosial mula menjadi penentukan kemenangan parti parti politik di Malaysia sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke14 pada 2018.


Sejak itu parti politik melabur sejumlah dana untuk mengupah laskar siber atau pun dibantu oleh penggiat siber yang bersimpati dengan perjuangan politik parti tertentu.


Namun pada PRU ke 15 pada 2022, ketergantungan kepada media sosial dan penggiat siber amat terserlah apabila pihak PN mempunyai penguasaan meluas ke atas akaun akaun utama pempengaruh politik.


Bagi Penganalisis Politik, Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid, Kerajaan Perpaduan dianggap telah kerugian dua tahun pertama pentadbirannya kerana tidak memperkemas penggiat siber pro kerajaan untuk menyampaikan konten keberhasilan polisi dan kebaikan Kerajaan Madani kepada rakyat.


"Sebenarnya kita 'menyesal' kerana dua tahun setengah yang lepas kita tak mampu berbuat hebat (menjana) mesej di sosial media


"Kita ada dua tahun setengah lagi. Pada saya terserah kepada pihak bertanggungjawab sama ada masih nak ditakuk lama atau kita boleh progres ke depan untuk melawan," katanya dalam sidang media pada Persidangan Meja Bulat dan Bengkel Pempengaruh Mempertahankan Kerajaan Perpaduan di Kuala Lumpur hari ini.


Beliau yang juga mempunyai latar belakang dalam bidang teknologi maklumat memberi amaran bahawa pertempuran siber atau di media sosial akan lebih dahsyat menjelang PRU ke 16 berikutan kemajuan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI).


"Bacaan saya permainan sosial media pada PRU 16 akan jauh berbeza daripada yang kita hadapi sekarang.


"Kita berhadapan satu fenomena baharu kalau tak mulakan sekarang, dalam dua tahun setengah kita akan ketinggalan 10 tahun ke belakang.


"Dengan teknologi AI, kita ketinggalan 10 tahun ke belakang jika kita tidak bersedia pada waktu ini. Penting untuk kerajaan memikirkan berbuat sesuatu yang lebih konkrit," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page