top of page

Teknologi AI perlukan nilai, ilmu Islam - PM



Teknologi kecerdasan buatan (AI) pada waktu ini dipelopori oleh Barat dan ilmu pengetahuan dalam perbendaharaan AI lebih kepada tradisi ilmu Barat.


Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amat penting ilmuan Islam terutama di Malaysia dalam membina teknologi AI memasukkan ilmu Islam atau tradisi keilmuan Islam ke dalam dalam storan AI.


"Dunia sekarang mesti hidup dengan meneroka alam pemikiran baharu. Tidak mungkin Malaysia atau negara Islam selamat tanpa menggapai langit, meneroka penemuan baharu digital, AI.


"Tetapi semua ini ada nilai. Siapa kata digital atau sains atau AI tidak ada nilai? Saya bertanya kepada Pengarah Eksekutif Microsoft, Nvidia. Dia antara AI nombor satu di dunia.


"Saya tanya dia. Saya kata kebimbangan saya di Malaysia dalam mengembangkan AI dan digital, nilai yang dipupuk itu nilai Barat, pemikiran Barat (semata mata)," katanya.


Menurut Anwar, biarpun AI dianggap neutral namun seluruh korpus ilmu yang dimasukkan tidak banyak daripada ilmu tradisi Islam. Biar pun katanya, jawapan robot AI nampak relevan dan lengkap tetapi biasanya berkisar kepada tamadun keilmuan Barat.


"Kalau AI itu di Malaysia, yang nak dikembangkan itu, saya desak dengan kuat supaya universiti, fakulti AI dan sebagainya, kalau mahu berjaya, kita mesti latih anak anak kita yang mempunyai kemahiran AI itu untuk memasukkan khazanah ilmu Islam dan turath dalam korpus AI.


"Jadi apa yang dimuntahkan oleh robot AI ini berdasarkan ilmu dimasukkan kepada dia.


"Sebab itu, turath itu ada kaitan kerana turath mesti juga dimasukkan supaya AI yang diluahkan negara Islam tidak terpisah dari sistem nilai dan akhlak Islam," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page