top of page

Teknologi AI mampu tingkat produktiviti usahawan tani



Teknologi kecerdasan buatan (AI) mampu mengubah landskap bidang pertanian, perikanan dan penternakan mampu meningkatkan produktiviti usahawan tani pada masa hadapan.


Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, teknologi baharu itu mampu mempercepat proses dalam industri berkenaan sekaligus memberi hasil lebih lumayan kepada golongan terbabit.


"Kita ada teknologi yang membolehkan industri atau syarikat yang terbabit dalam bidang berkaitan melihat kos perniagaan mereka berkurangan dan produktiviti mereka meningkat selain produk menjadi lebih baik.


"Kewujudan teknologi baharu ini terutama AI memberi impak ke atas semua industri, jadi kita mahu semua teknologi yang wujud ini dapat dibawa bagi membantu industri termasuk usahawan tani meningkatkan pendapatan mereka," katanya dipetik pada program Jelajah Malaysia Digital@Kedah di Kompleks Akuakultur Kedah, Kubang Pasu pada Isnin.


Mengulas lanjut, Gobind berkata, pihaknya menyedari terdapat kekangan modal dalam kalangan usahawan tani menggunakan teknologi AI, namun mereka boleh mendapatkan pelbagai inisiatif yang ditawarkan kerajaan melalui kementerian berkaitan.


Selain itu, pihak bank turut menawarkan bantuan kewangan pada kadar berpatutan bagi membantu golongan itu melaksanakan transformasi dalam bidang pertanian.


"Kita perlu lihat secara keseluruhan apa nilai yang akan dibawa melalui penggunaan teknologi baharu ini, kita dapat meningkatkan hasil dan mengurang kos pertanian yang akhirnya akan memberi pelbagai faedah kepada industri berkenaan.


"Disebabkan itu Kementerian Digital akan berusaha membawa teknologi yang dapat membantu petani, penternak dan nelayan kepada mereka melalui pendedahan berterusan agar ia dapat diterapkan," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Damansara itu lagi, pihaknya turut akan mengadakan sesi penerangan dan bimbingan berterusan untuk membantu golongan petani mengadaptasi teknologi berkenaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page