top of page

Teknologi 5G Advanced bakal digunakan di SUKMA Sarawak



Kementerian Komunikasi merancang untuk menggunakan teknologi 5G Advanced atau 5.5G pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak Ogos ini.


Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah menerima permohonan daripada syarikat telekomunikasi yang berhasrat bekerjasama dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk penstriman langsung acara itu.


"Bezanya ialah kalau di peringkat 5G kita boleh dapat (kelajuan internet) sekitar hampir maksimum 1 Gbps, dengan 5G-Advanced dia boleh mencapai lebih lapan Gbps, lapan kali ganda lebih laju.


"Jadi kelajuan ini diperlukan terutama dalam bidang penyiaran sekiranya kita ingin sulam atau masukkan live elements tertentu dalam siaran, jadi saya nampak ini satu teknologi yang agak menarik dan kita akan usaha untuk melaksanakan sempena SUKMA nanti," katanya dipetik.


Fahmi sebelumnya ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan anjuran Komuniti MADANI Sarawak yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Julina Johan.


Sementara itu beliau menjangkakan Malaysia berupaya menyediakan kemudahan internet menerusi perkhidmatan satelit "direct to device" atau terus ke peranti satelit pada 2026 atau 2027.


Ketika ini Malaysia jelasnya telah mengadakan perbincangan dengan tiga syarikat dari luar negara yang mengendalikan teknologi itu bagi membawa liputan 100 peratus internet ke kawasan berpenduduk, namun belum menerima sebarang permohonan daripada mereka bagi tujuan berkenaan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page