top of page

Teknik 'flushing' gagal temui mangsa tanah jerlus - DBKL



Operasi pencarian mangsa tanah jerlus membabitkan seorang wanita warganegara India diteruskan pada hari keempat hari ini setelah teknik flushing digunakan petang semalam hingga awal pagi ini masih gagal menemui mangsa.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan awal pagi ini berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah mengunakan teknik tersebut sebanyak dua kali.


"Pada sebelah malam pula, pihak IWK (Indah Water Konsortium) telah memulakan flushing yang akan dilaksanakan di manhole 5 dan mengambil masa sehingga jam 2 pagi (26 Ogos). Pencarian oleh pasukan SAR disambung pada pagi ini," kata kenyataan itu.


Dalam operasi SAR pada hari ketiga pada Ahad, kerja-kerja pencarian diteruskan di manhole 5 (berdekatan Agro Bank) dan manhole 6 (berdekatan Bulatan Kinabalu) membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.


Pasukan penyelamat bomba juga menjalankan carian di endpoint iaitu di Loji Pantai Dalam.


Dalam kejadian jam 8.25 pagi Jumaat, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dikenali Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.


Laporan kejadian itu diterima Bomba Kuala Lumpur pada jam 8.22 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.


Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri TPr Maimumah Mohd Sharif dalam kenyataan pada Jumaat malam berkata DBKL mendapati terdapat laluan paip kumbahan bersaiz 1.5 meter diameter di lokasi terbabit dan pihak IWK telah berada di tapak untuk membantu operasi pencarian.


*Foto ihsan DBKL

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page