top of page

Tawaran MB Sanusi mampu selesai masalah air di Kedah sahaja - Saifuddin



Tawaran Menteri Besar (MB) Kedah Muhammad Sanusi Nor bahawa masalah gangguan bekalan air di DUN Sungai Bakap akan berakhir sebaik sahaja Loji Rawatan Air (LRA) Buntar Lama siap pada hujung tahun ini tidak akan menyelesaikan masalah terbabit.


Bagi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, LRA Buntar Lama kapasitinya hanya cukup untuk memenuhi keperluan di kawasan Kedah Selatan dan tidak mampu mengatasi masalah tekanan air rendah di Sungai Bakap.


"Ketika peluncuran jentera dan calon, MB Kedah, Sanusi ada membuat tawaran masalah air di Pulau Pinang (Sungai Bakap) akan selesai kerana tidak jauh dari sini ada LRA Buntar yang dijangka siap September nanti. Keupayaan pengeluaran air sehari adalah 35 juta liter, dan itu diguna untuk dapatkan undi di Sungai Bakap kerana air di sana boleh disalur ke sini.


"Sebenarnya kapasiti pengeluaran itu cukup menampung kawasan kawasan Kedah sahaja. Jadi biarlah projek diumum oleh Perdana Menteri, projek air dari sungai Krian yang disalurkan ke Selatan Seberang Perai ini.


"Saya percaya pengundi Sungai Bakap jelas perkara itu," katanya.


Selain itu, menurut Saifuddin, pengundi di Sungai Bakap juga perlu kembali menggunakan rasional dan memikirkan realiti politik semasa.


Katanya, pada Pilihan Raya Negeri 2023 kebanyakan pengundi tertarik kepada slogan Kerajaan Persekutuan akan bertukar sekiranya enam negeri yang menyertai PRN waktu itu jatuh ke tangan Perikatan Nasional.


Jelas hal itu tidak berlaku dan Kerajaan Perpaduan semakin menunjukkan kematangannya bersama 19 parti komponen.


"Berbeza waktu PRN kelmarin, waktu itu PN membayangkan menang enam negeri (PRN) kerajaan pusat jatuh. Bukan sedikit terpesona dengan hal itu. Tetapi bila keputusan tiga sama, tiga Kerajaan Perpaduan dan tiga PN.


"Kemudian keadaan itu menyaksikan Kerajaan Perpaduan baik Pulau Pinang mahu pun pusat kekal bersatu dan kekal berkongsi dengan baik maka situasi hari ini berbeza.


"Keadaan jauh berbeza kerana itu walaupun kami mengambil sikap optimis. Hal ini terbukti jelas (dengan) mobilisasi penyokong (yang ramai dan) betul betul kehadiran penyokong perpaduan," katanya.


Oleh itu, menurut Saifuddin, waktu inilah peluang terbaik pengundi Sungai Bakap membuat perubahan iaitu mengalahkan penyandang kerusi kerana katanya, trend PRK sejak Simpang Jeram, Kemaman, Pelangai dan Kuala Kubu Bharu, semuanya dimenangi oleh penyandang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page