top of page

Tawaran HARAPAN berdasarkan pengalaman pimpinan PH, NGO dan badan profesional



Tawaran HARAPAN yang dilancarkan pagi tadi merupakan dokumen manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) yang dibuat secara terperinci berdasarkan pengalaman memerintah Kerajaan Persekutuan selama 22 bulan, memerintah Kerajaan Negeri di samping tidak meninggalkan pendapat daripada badan profesional dan NGO.


Menurut Pengerusi Jawatankausa Tawaran HARAPAN Pilihan Raya Umum ke 15, Adly Zahari, tawaran tersebut setelah disemak dan ditimbang merupakan dokumen terbaik yang mampu menyelesaikan masalah kemuraman teknologi, ekonomi, kemerosotan pendidikan dan sosial Malaysia.


"Mungkin kita sedia maklum tawaran ini dirangka untuk memastikan cita cita kita membawa Malaysia ke hadapan. Tawaran ini hasil pembentukan jawatankuasa, pandangan pelbagai pihak, sama ada individu, pemikir, NGO atau pusat kajian semua dirangkul, dinilai dan akhirnya dikemaskini sebagai Tawaran HARAPAN


"Bila kita memulakan tawaran ini, jawatankuasa dibentuk, persoalan paling asas adalah melihat masalah yang dihadapi rakyat di akar umbi.


"Di desa, sub bandar, bandar dan dalam semua insfrastruktur dalam negara kita. Kita lihat apa kelemahannya dan dari situ kita datangkan solusi ini


"Pimpinan PH penuh pengalaman. Kita ambil dari pengalaman mentadbir negara dan organisasi. Termasuk pengalaman penjawat awam bagi kita hasilkan solusi terbaik," katanya pada majlis pelancaran manifesto PH di Klang, Selangor.


Katanya, untuk menyediakan Tawaran HARAPAN itu sama sulitnya seperti membincangkan calon calon PH. Ada kalanya, kata Adly, timbul perdebatan dan penghujahan.


"Jadi inilah iltizam yang terbaik kita boleh berikan untuk Malaysia tercinta ini," akhirinya.



Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page