top of page

Tatacara dunia hancur akibat kuasa besar barat lindungi Israel - Mohamad Sabu



Kezaliman Israel menyerang dan membunuh beramai ramai (genosid) rakyat Palestin bukan sahaja memusnahkan keamanan di rantau Asia Barat tetapi juga telah menghancurkan tatacara dunia apabila kuasa besar Barat membela Israel dalam setiap kekejamannya tanpa mempedulikan keadilan sejagat.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom yang bertanggungjawab mewujudkan Israel pada 1940an lalu kini akan terus merosakkan dunia untuk memastikan kelangsungan dan kewujudkan negara haram Israel.


"Apakah kita nak baca lagi senarai jenayah zionis Israel? Tatacara dunia sudah hancur. Keputusan PBB (Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sebelum ini) tidak pernah dihormati Israel, AS dan Britain.


"Penjenayah perang (Benjamin Netanyahu) berucap di Kongres AS dapat standing ovation berkali kali. Sedangkan Netanyahu diisytihar penjenayah perang (oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)) dan mereka melakukan genosid tetapi boleh berucap di negara yang kononnya pemegang teraju dunia.


"Sukan pun timbang tara hancur. Rusia, Belarus (menyerang Ukraine) tidak diizin masuk sukan Olimpik. Israel diizin masuk sukan Olimpik


"Janganlah kita rasakan kuasa besar dunia, khasnya AS, Britian dapat selesaikan masalah Palestin. Kerana merekalah yang bertanggungjawab menubuhkan Israel," katanya tegas menentang zionis dan para sekutunya dalam ucapan di Himpunan Pembebasan Palestin yang disaksikan lebih 12,000 peserta di Stadium Axiata, Bukit Jalil malam tadi.


Menurut Mohamad, alasan kuasa Barat 'membenarkan' pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh kononnya Almarhum diketegorikan sebagai pemimpin penyokong keganasan mengarut sama sekali.


Katanya, tiga dekad sebelum ini pemimpin Hamas, Sheikh Ahmad Yassin yang kurang upaya juga dibunuh Israel kerana dianggap pengganas.


"Konon bunuh pengganas. Shelikh Ahmad Yassin di atas kerusi roda pun dibom. Sheikh Rantisi, Qaseem Sulaimani di Baghdad dibunuh... ," katanya membaca senarai pembunuhan rejim Israel ke atas tokoh Islam yang menjadi ancaman kepada zionis.


Mohamad dalam pada itu menyeru agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranannya di dunia Islam dalam membujuk negara Islam pro Israel untuk menghentikan hubungan dengan zionis dan membentuk tatacara dunia baharu yang membela negara Islam.


"Saya yakin roh Ismail Haniyeh dan rakan syahid lain sedang memanggil kita untuk membebaskan Palestin.


"Kamu (Anwar) berupaya membuat satu tatacara baharu di dunia ini. Rapatlah dengan negara Islam yang iktiraf Israel tetapi ajak mereka putus hubungan dengan Israel


"Kamu berupaya sebagai pemimpin kami. Bantulah negara yang bermusuh dengan Israel supaya mereka kuat," katanya.


Mohamad juga mengingatkan berbeza dengan kebangkitan Palestin pada dua atau tiga dekad lalu, kebangkitan kali ini telah disokong oleh banyak rakyat di Eropah dan seluruh dunia.


Di AS, katanya semua universiti utama, para pensyarahnya bersolidariti dan menyokong perjuangan Palestin merdeka.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page