top of page

Tarif AS: PM sahkan Malaysia dapat penangguhan 90 hari

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 11
  • 1 min read


Malaysia merupakan antara negara yang terlibat penangguhan tarif timbal balik yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat (AS),


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman penangguhan tarif selama 90 hari itu memberi sedikit kelegaan kepada negara.


"Malaysia terlibat, (tetapi penangguhan ini) melegakan sebentar," katanya dipetik kepada pemberita.


Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), di Putrajaya pada Khamis.


Pada 3 April lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani perintah eksekutif mengenakan tarif timbal balik terhadap 49 negara, berkuat kuasa 9 April.


Selain Malaysia yang dikenakan tarif sebanyak 24 peratus, negara lain di rantau ASEAN turut terkesan termasuk Kemboja (49 peratus); Laos (48 peratus); Myanmar (45 peratus); Thailand (37 peratus); Indonesia (32 peratus); Brunei (24 peratus); dan Filipina (18 peratus).


Anadolu Ajansi (AA) pada Rabu melaporkan pentadbiran Trump mempertimbangkan penangguhan 90 hari ke atas tarif timbal balik terhadap lebih 75 negara rakan dagang


Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump berkata, keputusan penangguhan itu dibuat selepas menerima permintaan daripada negara-negara terbabit yang ingin berunding mengenai isu berkaitan perdagangan, halangan perdagangan, tarif, manipulasi mata wang dan bentuk tarif bukan monetari.


Trump turut memuji negara-negara terlibat yang menurutnya tidak bertindak balas dalam apa juga cara terhadap AS.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page