top of page

Tarif AS: Perhebat semula kempen ‘Beli Barangan Buatan Malaysia’

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Kempen ‘Beli Barangan Buatan Malaysia’ perlu digiatkan semula sebagai salah satu langkah mendepani peningkatan tarif timbal balik dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas negara ini.


Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Muhammad Faiz Fadzil ketika mencadangkan perkara itu kepada kerajaan berkata, kempen tersebut akan dapat menyokong ekonomi tempatan ketika perang dagang dunia semakin memuncak.


"Malaysia berhak mengambil langkah-langkah tertentu menjaga kedaulatan ekonominya.


"Justeru, kempen ‘Beli Barangan Buatan Malaysia’ amat penting untuk menyokong industri tempatan, yang mana perlu bagi mengelak krisis ekonomi termasuk pengangguran," katanya dalam kenyataan.


Presiden AS, Donal Trump pada Khamis mengumumkan tarif timbal balik global terhadap produk yang diimport ke negara itu.


Pusingan baharu tarif itu digelar sebagai 'Liberation Day', dengan alasan langkah itu bertujuan mencapai perdagangan yang lebih adil itu dijangka mengheret banyak negara ke arah kemelesetan.


Malaysia tidak terkecuali apabila dikenakan tarif sebanyak 24 peratus ke atas eksport produk ke AS.


Sementara itu Muhammad Faiz menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama memilih membeli produk tempatan berbanding produk asing, melainkan sekiranya tiada alternatif.


Selain itu beliau turut menyeru semua GLC (syarikat milik kerajaan) dan perniagaan milik tempatan membeli produk atau perkhidmatan ‘Buatan Malaysia’ untuk penggunaan mereka.


"Semua produk dijual di Malaysia perlu dilabelkan sebagai ‘Buatan Malaysia’ atau ‘Buatan Asing’ bagi melicinkan kempen ini," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page