top of page

Tarif AS: Malaysia berpotensi terokai pasaran baharu Asia, rantau Pasifik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 9
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Malaysia dilihat berpotensi meneroka peluang eksport baharu di rantau Asia dan seluruh kawasan Pasifik pada waktu Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus terhadap barangan import dari negara ini.


Pakar Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpendapat, sekiranya pasaran baharu boleh diterokai, kemungkinan hal itu berupaya menjimatkan kos kerana penghantaran ke AS yang lebih mahal, apatah lagi selepas tarif dikuat kuasakan.


''Jadi dalam jangka pertengahan, insya-Allah kita akan dapat mengatasinya kerana eksport ke AS ini hanya kira-kira 12 peratus daripada jumlah eksport kita ke seluruh dunia,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah Malaysia hanya bergantung kepada AS dalam mengeksport dan adakah pasaran lain boleh menyerap eksport ke negara kuasa besar itu selepas ini.


Ditanya adakah Malaysia akan meraih peluang pelaburan daripada syarikat yang menarik diri keluar dari China disebabkan tarif dikenakan AS kepada negara itu melebihi 50 peratus, Dr Barjoyai melihat Malaysia mempunyai peluang baik untuk menarik pelabur.


''Ini strategi biasa di seluruh dunia.. apabila sebuah negara itu dikenakan tarif yang tinggi, perniagaannya akan berpindah ke negara yang kadar tarifnya rendah.


''Jadi, Malaysia adalah satu destinasi yang baik di Asia selain daripada Singapura (10 peratus), Indonesia (33 peratus) dan Vietnam yang mencapai sehingga 50 peratus.


''Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk menarik pelabur khususnya dari China yang akan membina kilang di Malaysia untuk mengeksport ke AS walaupun pada kadar 24 peratus,'' ujarnya lagi.


Pada 3 April lalu, AS mengenakan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus terhadap barangan import dari Malaysia.


Tarif baharu itu diumumkan Presiden AS, Donald Trump sebagai sebahagian daripada langkah memperbaiki ekonomi AS, terutama pasaran dalam negeri yang menghadapi lambakan produk murah dari seluruh dunia.


Sekiranya Malaysia mampu mengganti eksport ke AS dengan meningkatkan perdagangan di rantau Pasifik termasuk negara Amerika Selatan, diyakini pengurangan eksport ke AS akan mampu diimbangi.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page