top of page

Tarif AS: Kerajaan terangkan langkah lanjutan pada Sidang Khas Parlimen

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Kerajaan akan menerangkan langkah-langkah yang bakal diambil berhubung isu kenaikan tarif yang diumumkan oleh Amerika Syarikat ke atas Malaysia pada Sidang Khas Parlimen 5 Mei ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sidang khas itu bagi memberi peluang kepada semua Ahli Parlimen untuk membincangkan kesan tindakan AS terhadap ekonomi negara dan langkah untuk mengatasinya.


"Sebagai negara dagang, tidak ada negara waima Amerika Syarikat yang harus menetapkan kadar (tarif) sewenang-wenangnya mengikut penilaian unilateral mereka. Kita terikat dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ini yang disebut multilateral.


"Kita gabung dengan banyak negara tetapi kita terpaksa terima kenyataan dan tangani dengan bijaksana," katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Perlis di Dataran Lok 9, Kuala Perlis pada Ahad.


Turut berkenan berangkat ke majlis itu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.


Sementara itu Perdana Menteri menyatakan pendirian Malaysia yang tidak bersetuju dengan kenaikan tarif diumumkan Presiden AS Donald Trump pada 22 April lalu.


Justeru beliau berharap, Sidang Khas Parlimen itu nanti digunakan sebaik mungkin bagi membincangkan isu tersebut.


"Inilah masa untuk semua parti dan semua rakyat fokus ke arah pertumbuhan negara. Angkat martabat negara ini.


"Malaysia ini negara hebat, mampu jadi negara contoh di antara negara terbaik di Asia dengan syarat kita bersatu dan bekerja kuat dengan mengangkat martabat ekonomi kita," katanya.


AS mengumumkan untuk mengenakan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti import lebih tinggi membabitkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.


Bagaimanapun, AS kemudian memberi penangguhan selama 90 hari kepada 75 negara termasuk Malaysia.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page