top of page

Tangguh 90 Hari: Isyarat Amaran Dari Trump Kepada Malaysia?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read


Oleh: Sandy Zaliu


ULASAN: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald J Trump bukan terkenal dengan diplomasi manis. Bila beliau umumkan bahawa tarif terhadap Malaysia ditangguh selama 90 hari, dunia tidak melihatnya sebagai tanda belas kasihan. Sebaliknya, ini dibaca sebagai jam loceng detik amaran awal bahawa tekanan mungkin datang pada bila-bila masa.


Malaysia hari ini berada dalam zon menunggu. Selamat tetapi mungkin sementara. Kenapa Malaysia “Dikecualikan Sementara”?


Trump sudah mula kenakan tarif baharu terhadap negara-negara yang dilihat terlalu akrab dengan China. Produk elektronik dari Vietnam, logam berat dari Thailand, dan sektor automotif dari Mexico kini dihimpit cukai import baharu.


Malaysia setakat ini terselamat. Tapi ia bukan kerana kita bebas dari radar Amerika. Malah, dalam kalangan pelabur dan penganalisis dasar luar, keputusan Trump menangguhkan tarif ini dilihat sebagai:


  • ⁠Taktik memberi ruang untuk Malaysia “pertimbang semula” kerjasama strategik dengan China

  • ⁠Peluang rundingan semula untuk syarikat Amerika dalam sektor teknologi dan infrastruktur

  • ⁠Ujian awal untuk menilai reaksi diplomatik Malaysia


PMX Teguh dengan prinsip Malaysia Berkecuali


“China kekal sebagai rakan dagang terpenting Malaysia”


Kenyataan PMX menggambarkan pendirian jelas. Malaysia tidak akan berubah dasar luar semata-mata kerana tekanan. Kita menilai berdasarkan manfaat bersama, bukan arahan sepihak.


Hubungan dengan China bukan sekadar ekonomi. Ia melibatkan pelaburan jangka panjang, pertukaran teknologi dan sokongan kepada pembangunan serantau. Malaysia tidak akan jadi alat permainan geopolitik.


Strategi Malaysia sepanjang tempoh 90 hari


Kerajaan Malaysia MADANI tidak boleh melihat 90 hari ini sebagai “masa berehat”. Ia mesti dilihat sebagai tempoh kritikal untuk Memperluaskan pasaran eksport ke negara bukan AS dan China; ⁠Menarik pelaburan dari syarikat yang mahu lokasi neutral dalam konflik kuasa besar; ⁠Mengaktifkan diplomasi ekonomi melalui ASEAN, OIC dan Global Selatan; dan ⁠Menyusun naratif nasional bahawa Malaysia bukan pro-China atau pro-Amerika, tetapi pro-prinsip dan pro-kepentingan rakyat.


Dalam tempoh ini juga, Malaysia perlu bersuara secara terbuka bahawa tekanan ekonomi bukan cara untuk membina persahabatan antarabangsa.


Masa tidak panjang, pilihan perlu tegas


Tarif ditangguhkan, bukan dibatalkan. Malaysia masih ada ruang untuk bergerak tetapi ruang itu kecil dan waktunya pendek. Kita perlu memanfaatkan tempoh ini untuk menstabilkan kedudukan geopolitik, meneguhkan ekonomi dan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia bukan negara yang tunduk bila ditekan.


Malaysia tetap berdiri. Dalam dunia yang menekan, 'kita bukan tunduk, kita memilih'.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page