top of page

Tangani rungutan penjaja, DBKL urus sepenuhnya lesen bazar Ramadan



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menguruskan sepenuhnya hal berkaitan permohonan lesen perniagaan bagi penjaja di 42 lokasi bazar Ramadan di ibu negara pada tahun depan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata langkah itu bertujuan menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.

Selain itu langkah tersebut turut akan memudahkan urusan penjaja terbabit dalam membuat permohonan lesen untuk mendapatkan tapak niaga.

"Di bawah Datuk Bandar (DBKL), sebuah Jawatankuasa Khas ditubuhkan untuk melihat keperluan bazar Ramadan tahun depan.


"Ini bagi memastikan penjaja dapat tempat dan harga lebih kompetitif kerana seperti apa kita dengar mereka memberi aduan harga terlalu tinggi.


"Insya-Allah, seperti nyatakan sebelum ini lesen akan diselenggara terus daripada DBKL," katanya.


Dr Zaliha ditemui pemberita selepas menghadiri majlis setahun bersama pentadbirannya di Auditorium DBKL pada Khamis yang turut dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.


Sementara itu Dr Zaliha turut memaklumkan DBKL akan menjalin kerjasama dengan badan korporat dalam memastikan pengoperasian bazar lebih tersusun dan menepati keperluan warga kota.


"Bukan hanya lebih cantik dan lebih seragam dengan bab berkaitan kebersihan dan sebagainya akan diambil kira oleh DBKL.


"Setakat ini, kita sudah mengenal pasti lokasi berkenaan dan mulakan kerja awal bagi memastikan bazar berjalan baik dan lancar," katanya dipetik.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page