top of page

Tangani kemerosotan nilai bangunan berstrata: Pertimbang akta baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 9
  • 1 min read


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mempertimbangkan satu akta baharu bagi menangani kelemahan pengurusan harta dan bangunan.


Menterinya, Nga Kor Ming berkata, beberapa isu berlarutan berhubung perkhidmatan pengurusan harta yang lemah telah menyebabkan penurunan dalam nilai aset harta, terutamanya bagi bangunan berstrata.

"Dengan mewujudkan akta baharu yang khusus bagi pengurus harta, kami berhasrat untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan harta di Malaysia.


"Ia juga akan memastikan yuran penyelenggaraan yang dibayar oleh pemilik atau penyewa harta digunakan secara betul, seperti untuk penyelenggaraan lif dan taman, pengubahsuaian kemudahan, pengumpulan sisa buangan atau pembaikan sistem kumbahan," katanya dipetik dalam ucapan pada perasmian di Simposium Strata Antarabangsa di Kuala Lumpur pada Selasa.


Kor Ming sementara itu menjelaskan, ketika ini terdapat hanya 594 firma berlesen yang menguruskan 26,334 skim strata atau 2.91 juta unit dalam harta strata di Malaysia.


"Dalam erti kata lain, setiap firma secara purata bertanggungjawab untuk menguruskan hampir 4,900 unit dalam harta strata.


"Kekurangan firma berlesen ini mendorong kepada kualiti perkhidmatan yang lemah bagi Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Jawatankuasa Pengurusan (MC), serta penambahan pengurus harta yang tidak berlesen di seluruh negara," katanya.


Sementara itu menurut beliau, KPKT telah bekerjasama dengan beberapa persatuan serta kumpulan berkepentingan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini untuk mengkaji satu akta baharu yang komprehensif yang akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengawalseliaan pengurusan harta dan bangunan di bawah KPKT.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page