top of page

Tangani isu ketidakhadiran pelajar fokus utama KPM tahun 2025



Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan usaha menangani isu ketidakhadiran pelajar ke sekolah sebagai fokus utamanya tahun ini.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan mengambil langkah proaktif termasuk mengadakan lawatan ke 143 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh negara bagi meneliti isu dan cabaran berkaitan masalah tersebut.


Selain itu juga jelasnya, KPM akan turut memberi tumpuan kepada aspek intervensi, jurang ekonomi dan bantuan khususnya melibatkan golongan B40 yang turut dikaitkan dengan isu berkenaan.


"Kami bincangkan bagaimana keciciran harus diatasi intervensi daripada awal, melihat isu dan trend berkaitan keciciran jauh lebih awal dari tingkatan satu lagi, begitu juga dengan kesenjangan-kesenjangan lain termasuk sosio ekonomi. Saya yakin dan percaya PPD telah pun mengambil semua langkah tersebut.


"Apa yang paling penting adalah memastikan isu kehadiran ke sekolah mesti ditangani terlebih dahulu," katanya dipetik.


Sementara itu Fadhlina berkata, proses transisi daripada Tahun Enam ke Tingkatan Satu antara yang perlu diberi perhatian dalam menangani isu keciciran pelajar.


Enrolmen di peringkat sekolah rendah jelasnya kini berada pada tahap 99 peratus berikutan dasar pendidikan wajib di peringkat tersebut.


Bagaimanapun, enrolmen sekolah menengah kini sekitar 93 peratus, dan masih perlu ditingkatkan bagi mencapai sasaran enrolmen sebanyak 95 peratus.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page