top of page

Tanah jerlus: Operasi SAR dihentikan demi keselamatan pasukan operasi



Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh dalam tanah jerlus atau lubang benam di Masjid India dihentikan serta-merta setelah sembilan hari dijalankan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa ketika mengumumkan perkara itu pada Sabtu berkata keputusan itu selepas mempertimbangkan faktor keselamatan pasukan operasi .


"Ada beberapa perkara daripada dapatan-dapatan yang dikemukakan termasuk pihak di lokasi khususnya bomba yang mengetuai SAR.


"Kita tidak boleh teruskan sebab atas keselamatan anggota pasukan yang turun ke bawah kerana kemungkinan arus deras boleh membahayakan keselamatan anggota dan sebagai contoh mendapan kedua yang boleh membahayakan pasukan.


"Kedua keselamatan kawasan juga kita perlu ambil kita, (takut ada mendapan) lagi. Ini merisaukan kita. Ketiga kita perlu segera meneruskan aktiviti di sini," katanya ketika sidang media di Jalan Masjid India.


23 Ogos lalu, sepasukan anggota bomba Kuala Lumpur dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.22 pagi membabitkan insiden tanah jerlus melibatkan seorang wanita warga India iaitu G Vijaya Lakshmi, 48.


Pihak berkuasa menggunakan sepenuh kekuatan anggota termasuk pasukan penyelam untuk mengesan mangsa, namun usaha tersebut gagal mengesan mangsa.


Sementara itu Dr Zaliha memberitahu, operasi di kawasan itu kini memasuki fasa ‘Search and Recovery” yang akan diselia oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula akan mula melakukan pemetaan utiliti dan kajian struktur tanah di ibu negara bagi mengkaji risiko berlakunya insiden serupa.


"Kita juga akan buat sesi libat urus dengan peniaga untuk teruskan kembali aktiviti di sini selain DBKL diminta melakukan pembinaan semula di kawasan terlibat iaitu dari pintu gerbang sehingga ke Mydin kira-kira 100 meter," jelasnya.


Dengan berakhirnya operasi SAR itu, satu laporan penuh berhubung insiden itu menurut beliau akan disiapkan untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri.


"Saya minta semua pihak terlibat dalam SAR untuk memberikan input laporan penuh," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page