top of page

Tanah gelincir di Taman Melawati akibat kegagalan sistem pengaliran longkang



Semakan awal mendapati aliran air deras menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh yang berpunca dari kegagalan sistem pengaliran longkang di Jalan G2, Taman Melawati, Hulu Klang.


Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya telah mengarahkan Pasukan Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mendapatkan gambaran terperinci situasi kawasan tanah runtuh di Taman Melawati itu.


Beliau berkata insiden di Jalan E6 dan Jalan G2 taman tersebut yang berlaku pada 10.15 pagi tadi telah dimaklumkan kepadanya oleh pasukan JKR.


"Sebanyak empat rumah dan sebuah kereta dikenal pasti terkesan akibat kejadian gelinciran tanah ini. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.


Nanta berkata pihak CKC JKR telah mengeluarkan amaran tahap bahaya kepada JKR Daerah Gombak serta Hulu Langat pada 4.37 petang semalam bagi mengambil langkah berjaga-jaga.


"Amaran itu juga dipanjangkan kepada wakil Majlis Perbandaran Ampang Jaya," ujarnya.

Nanta turut meminta semua penduduk di kawasan terjejas untuk mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.


Terdahulu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam mengarahkan penghuni 20 rumah di Taman Melawati untuk mengosongkan kediaman masing-masing susulan kejadian tanah runtuh di kawasan berhampiran, akibat hujan lebat pagi tadi.


Kesemua penduduk yang terkesan dengan kejadian itu diarahkan berpindah ke Dewan Serbaguna Jalan E5 Taman Melawati buat sementara waktu.


*Kredit foto: Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia Selangor

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page