top of page

Tambak laut P Pinang tak akan jadi seperti Forest City

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 7, 2023
  • 2 min read


Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memberi jaminan bahawa projek penambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) tidak akan menjadi Forest City seterusnya.


Kon Yeow berkata, pengkritik membuat dakwaan palsu bahawa PSI akan menjadi seperti perbandaran mewah yang gagal di Johor, di mana bangunan tinggi dan sebuah resort golf dibina di atas pulau-pulau buatan.


Sebaliknya ADUN Padang Kota itu menjelaskan pendukung PSI akan berusaha menjadikannya projek lestari dengan stesen LRT, ruang hijau, dan laluan air yang akan dibina di Pulau A, yang dinamakan Pulau Silicon yang akan menjadikan projek itu tahan iklim dan mematuhi piawaian persekitaran, sosial, dan tadbir urus (ESG).


"Saya kata (sebelum ini) bahawa kita tidak akan membina bangunan tinggi (di Pulau Silicon) kerana (kawasan itu) terletak di bawah laluan penerbangan (menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang).


"Jadi apa yang mereka (pengkritik) cuba gambarkan, bahawa ia (PSI) akan menjadi satu lagi Forest City, adalah rekaan mereka sendiri," katanya dalam sidang media.


Semalam Kerajaan Negeri menyiarkan 71 syarat dikenakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kelulusan bersyarat yang diberikan untuk Projek Tambakan Pulau Pinang Selatan (PSI).


Syarat itu diterbitkan di laman sesawang Perbadanan Infrastruktur Pulau Pinang (PIC).


Antara syarat ditetapkan adalah PIC diarah memantau beberapa aspek berkaitan dengan kerja penambakan setiap bulan sehingga ia selesai.


Ini termasuk memeriksa kualiti air di empat sungai bersebelahan dengan tapak projek dan garis pantai sepanjang tapak projek perlu dipantau setiap tiga bulan sepanjang tempoh penambakan.


JAS juga memerintahkan pemantauan kelodak dilakukan secara langsung dan pemantauan air larian permukaan dari tapak penambakan dilakukan setiap bulan selain mengarahkan pembinaan tangki simpanan konkrit untuk menyimpan dan menguruskan bahan kimia, petroleum, dan sisa toksik, serta pengubahsuaian kawalan di sekitar tangki simpanan bahan kimia.


Antara syarat lain termasuk kontraktor mesti mempunyai rancangan tindakbalas kecemasan untuk mengendalikan kemalangan dan sebarang situasi yang tidak dijangka.


Projek PSI akan meliputi kawasan seluas 1,620 hektar di pantai selatan, antara Permatang Damar Laut dan Gertak Sanggul.


Jualan tanah yang ditebus guna dan hartanah di pulau itu akan membantu membiayai PTMP, di mana jalan raya baharu dan sistem pengangkutan akan dibina.


Berbanding pengkritik, para nelayan di kawasan terbabit menyokong PSI kerana beranggapan ia akan mendatangkan banyak manfaat kepada generasi akan datang dari segi meningkatkan taraf kehidupan dan menjana peluang pekerjaan golongan muda.


Daripada tinjauan, Haris Abdullah, seorang nelayan berumur 63 tahun di kawasan Sungai Batu yang dipetik laporan Awani berkata, beliau berpegang kepada prinsip bahawa selagi ada arus, hidupan laut akan terus membiak dan tidak akan pupus.


Tambahnya bahagian selatan ini bukanlah projek tambak pertama di Pulau Pinang, malah, bahagian timur dan utara negeri telah ditambak terlebih dahulu namun tiada nelayan di kawasan terbabit mengeluh kehilangan punca pendapatan.


Seorang lagi nelayan Zazali Sirun menyangkal dakwaan PSI akan melenyapkan hasil laut dan memusnahkan terumbu karang.


Ini kerana tegasnya kawasan tambak yang dirancang oleh kerajaan negeri tidak mempunyai terumbu karang semula jadi.


"Tiada satu pun terumbu karang semula jadi di kawasan tambakan ini. Saya harap masyarakat terutamanya komuniti nelayan tidak akan keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bersetuju dengan projek ini," kata nelayan berusia 55 tahun itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page