top of page

Tambahan RM1 bilion: Malaysia destinasi terbaik pelabur asing



Tambahan pelaburan dari dana antarabangsa yang berpusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke atas syarikat Malaysia menunjukkan keyakinan negara teluk itu terhadap kekukuhan ekonomi negara ini.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir negara terserlah dalam lawatan beliau ke UAE dengan dana kekayaan negara itu yang menyatakan hasrat untuk terus membiayai pengembangan ekonomi Malaysia.


"Hasil lawatan PM ke UAE yang mana PM telah umum sebelum ini bahawa beberapa pihak termasuk Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) berhasrat untuk meningkatkan jumah pelaburan.


"Susulan pengumuman PM kita ada membaca tentang pengumuman tambahan pelaburan RM1 bilion ke dalam syarikat Malaysia bernama Yinson (anak syarikat)


"Ini sudah pasti menunjukkan Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan terbaik untuk pelaburan luar termasuk oleh badan seperti ADIA," katanya dalam sidang media mingguan di Putrajaya, petang tadi.


Pada sidang media itu Fahmi turut menjelaskan, lawatan PM ke Eropah di United Kingdom hari ini akan bertemu Perdana Menteri negara itu, dan kemudian bertolak ke Belgium pada 19 Jan bertemu Presiden Suruhanjaya Eropah. Kemudian, katanya, PM akan ke Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page