top of page

Tahun Baharu Cina: Perkukuh perpaduan, terima kepelbagaian budaya



Menteri-Menteri Kabinet mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua yang menyambut perayaan itu sambil menyeru agar perpaduan pelbagai kaum di negara ini dapat diperkukuh pada Tahun Ular ini.


Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Chang Lih Kang berkata, Tahun Baharu Cina merupakan simbol perpaduan dan kekuatan dalam kepelbagaian di negara ini.


Katanya, setiap rakyat boleh meraikannya bersama handai taulan dengan semangat muhibah.


"Macam Yee Sang, setiap warna dan rasa melambangkan keunikan kita sebagai rakyat Malaysia. Gong Xi Fa Cai, semoga tahun ini membawa tuah, kebahagiaan, dan kejayaan kepada semua," katanya.



Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh pula berkata, Tahun Baharu Cina bukan sekadar perayaan tetapi peluang untuk menyemai semangat perpaduan, saling kenal-mengenal dan memahami antara kaum.

"Kerukunan dan toleransi adalah pengikat yang mengukuhkan kebersamaan. Kita mesti menghindari naratif yang memecahbelahkan rakyat, kerana perpaduan adalah kunci kestabilan dan kejayaan negara.


"Semoga perayaan Tahun Baru Cina ini membawa kebaikan, kebijaksanaan dan kemajuan ekonomi buat semua rakyat," ujarnya.


Dalam pada itu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menyeru rakyat mengeratkan hubungan dengan saling memahami, menghormati, dan menerima kepelbagaian budaya di Malaysia.


"Dengan semangat saling faham, hormat, dan terima, kita dapat membina sebuah negara yang lebih kuat, harmoni, dan makmur.


"Marilah kita teruskan tradisi ini dengan penuh kegembiraan, sambil mewujudkan sebuah Malaysia yang inklusif, di mana setiap lapisan masyarakat boleh hidup bersama dalam keharmonian," katanya dalam hantaran di Facebook.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke mendoakan kegembiraan dan kesihatan serta kesejahteraan kepada seluruh rakya Malaysia yang menyambut dan meraikan Tahun Baharu Cina.



"Dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik dunia, masyarakat majmuk Malaysia di mana pelbagai budaya dapat hidup secara harmoni antara satu sama lain adalah satu fenomena yang amat berharga dan perlu kita pelihara dengan sepenuh hati.


"Selamat bercuti dan nikmati masa bersama keluarga tercinta. Bersama-sama, kita bangunkan Malaysia yang lebih makmur, sejahtera, dan berjaya," katanya.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu pula mengingatkan bahawa sekarang adalah adalah masa untuk semua rakyat memperkukuh perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan Malaysia.


"Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikan, khususnya kepada masyarakat Tionghoa. Tahun Baru Cina adalah saat untuk berkumpul bersama keluarga, mengukuhkan ikatan persaudaraan, dan menghargai nilai tradisi yang kaya dengan makna," katanya.


Tambah beliau pihaknya menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan bekalan makanan negara sentiasa cukup dan terjamin.


"Kepada para petani, penternak, dan nelayan, saya ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan besar anda dalam memastikan keterjaminan makanan negara. Usaha gigih anda amat dihargai, dan kerajaan akan terus menyokong anda dalam membangunkan sektor ini secara mampan dan berdaya saing," katanya lagi.

0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page