top of page

Tabung saman fitnah Dr Mastura: Kesalahan dinormalisasi, dikongsi bersama?



Tindakan Pas mengadakan kutipan mega bagi menampung bayaran saman fitnah Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad yang didapati mahkamah memfitnah pimpinan DAP merupakan satu bukti bahawa parti itu telah menormalisasi kesalahan fitnah dan menyeru ahli Pas supaya mempertahankan fitnah tersebut.


Bagi Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, arahan daripada Setiausaha Agung parti itu supaya setiap peringkat harus mengeluarkan sejumlah sumbangan mengikut kekananan perjawatan mereka merupakan sesuatu yang tidak Islamik.


"Persoalan yang timbul di sini kenapa kesalahan fitnah yang terbukti di mahkamah yang dilakukan oleh YB Mastura dipertahankan oleh Pas?


"Kesalahan fitnah beliau sepatutnya diambil tindakan oleh pimpinan Pas bukannya mempertahankan dengan mengarahkan kutipan derma


"Kenapa Pas mempertahankan suatu perkara yang dianggap dosa besar dalam Islam?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Ahmad Nadhir turut musykil apakah niat sebenar Pas melancarkan tabung tersebut.


Sekiraya Pas menganggap fitnah perlu disokong oleh ahlinya, maka kata beliau, hal itu amat malang bagi parti yang memperjuangkan Islam.

Ahmad Nadhir Yob

"Perbuatan kutipan derma ini seolah olah ingin mengheret ahli Pas bersubahat mempertahankan kesalahan dan dosa fitnah yang dilakukan.


"Kenapa pimpinan Pas sanggup mengheret ahli parti menanggung dosa yang mereka tidak lakukan?


"Tindakan Pas ini merupakan bukti mereka hanya menggunakan agama untuk meraih keuntungan duniawi sehingga sanggup menormalisasikan dosa fitnah yang jelas dilarang di dalam Islam," katanya lagi.


Ahmad Nadhir yang sebelum ini merupakan Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman itu berharap agar ahli Pas sedar bahawa mereka telah dipesongkan oleh pemimpin menggunakan nama agama.


Untuk rekod, isu tabung jihad membayar saman malu Dr Mastura menjadi tular apabila beredar di media sosial arahan Pas pusat kepada pimpinannya untuk membayar sejumlah wang bagi mencukupkan jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah.


Dalam surat itu AJK Pas Pusat, Dewan-Dewan Pusat/Negeri/Kawasan dan Pas Kawasan/Cawangan diminta untuk mengumpul dana berjumlah RM825,000 sebagaimana diputuskan mahkamah.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page