top of page

Tabung Aidilfitri: Pemain bola Kedah terima ‘duit raya’ RM200,000



Barisan pemain serta pegawai pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) boleh bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini.


Pada Selasa, mereka menerima sumbangan keseluruhan berjumlah RM200,000 hasil kutipan Tabung Aidilfitri Pemain Bola Sepak Kedah yang digerakkan sebagai tanda solidariti kepada nasib pemain tersebut yang berdepan isu tunggakan gaji.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menyerahkan sumbangan itu berharap sumbangan itu akan dapat melegakan sedikit keperitan hidup pemain serta pegawai pasukan akibat tunggakan gaji yang berlarutan.


"Kita berjaya mengumpul RM200,000 setakat tengah hari semalam, saya bersyukur inisiatif ini dapat membantu melegakan mereka.


"Bayangkan lagi seminggu, persiapan raya tak menentu akibat daripada tak dapat gaji bulanan yang agak lama," katanya selepas menyampaikan sumbangan tersebut di sebuah hotel di Alor Setar.


Sebagai rekod, tabung tersebut diusahakan tiga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Rangkaian Anak Darulaman Se-Malaysia (Rada), Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Aman (Suara) dan Persatuan Anak Darulaman Malaysia (Adam).


KDA FC sebelum ini berdepan kemelut kewangan yang meruncing hingga pemain dan pegawai pasukan itu menghadapi tunggakan gaji hampir setahun dan kini berada di tangga ke-11 Liga Super.


Mengulas lanjut Saifuddin mendedahkan bahawa cetusan idea untuk membantu pasukan tersebut dibangkitkan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr. Ismail Salleh,


"Dia (Ismail) hubungi saya dan mencetuskan idea. Katanya, raya dah nak dekat, pemain-pemain Kedah dah beberapa bulan tidak dapat bayaran. Dan saya fikir ini satu niat yang baik dan jika kita gerakkan jawatankuasa dan kita luncurkan.


"Alhamdulillah saudara tak jangka-jangka dalam tempoh tidak sampai seminggu sebenarnya, kutipan kita itu sangat memberangsangkan," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page