top of page

Tabung 30Wreps: Wanita KEADILAN Perlis sumbang RM1,200



ULASAN BERITA: Wanita KEADILAN Perlis tampil menyahut seruan bagi mengisi Tabung Dana 30WReps yang diilhamkan oleh Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek.


Sebanyak RM1,200 telah disampaikan oleh Ketua Wanita KEADILAN Perlis, Zainab Ibrahim pada majlis minum petang anjuran Wanita Madani Wanita KEADILAN Perlis bersama Ketua Penerangan Wanita Pusat, Noraini Nordin di Hotel Seri Malaysia, Kangar.


Turut menyaksikan penyerahan tersebut ialah Ketua Wanita KEADILAN Johor, Zuraidah Zainab Mohd Zain dan Ketua Wanita KEADILAN Kelantan Nor Azmiza Mamat.


Pada 21 Disember 2024, Wanita KEADILAN Pusat menubuhkan Tabung 30WReps khusus untuk membantu parti melengkapkan kuota 30 peratus calon wanita.


Inisiatif penubuhan tabung


Ketua Wanitanya, Fadhlina Sidek mengumumkan inisiatif penubuhan tabung berkenaan dengan dana permulaan RM50,000 bagi misi mempersiapkan calon wanita menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin (tengah) menerima sumbangan

"Penubuhan tabung ini adalah perintis kepada tindak susul daripada Program Pemantapan Representasi Wanita Dalam Parlimen yang berlangsung di Hotel Pulse Grande Hotel, Putrajaya," katanya.


Jelas Fadhlina, program ini bertujuan memulakan kempen dalam KEADILAN untuk mencalonkan sekurang kurangnya 30 peratus wanita bertanding dalam PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Sehubungan itu, Fadhlina mensasarkan dana dalam tabung berkenaan akan meningkat daripada RM50,000 kepada ratusan ribu ringgit menjelang PRN atau tarikh Kongres Nasional KEADILAN yang dijadualkan pada tahun 2025.


Sementara itu Nor Azmiza mengulas bahawa Tabung Dana 30WReps yang dibentuk itu sebagai usaha untuk memberi ruang kepada wanita menjadi calon.


Lebih ramai calon wanita


"Wanita Kelantan mendokong cadangan Fadhlina ini kerana ia adalah inisiatif untuk mengangkat lebih ramai wanita sebagai pemimpin," katanya.


Zuraidah menyambut baik idea murni Ketua Wanita Pusat itu kerana dengan sumbangan kewangan berkenaan sedikit sebanyak akan membantu calon wanita yang bertanding.


"Sekalipun tidak banyak tetapi ia boleh memberikan semangat bagi membolehkan hasrat mencapai 30 peratus wanita bertanding di PRN dan PRU akan tercapai," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentaris


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page