top of page

Tabung 30WREPS bukti KEADILAN perkasa wanita dalam bidang politik



Inisiatif tabung 30WReps yang dilancarkan oleh Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek baru baru ini jelas merupakan bukti kesungguhan KEADILAN untuk membanyakkan wanita dalam bidang politik, khususnya sebagai pembuat keputusan di peringkat Parlimen atau DUN.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang, Nurhidayah Che Rose, 30WReps akan menggalakkan lebih ramai wanita bergiat aktif dalam politik kerana mereka mempunyai dana pembiayaan bertanding pilihanraya.


"Inisiatif ini merupakan salah satu daripada deretan bukti bahawa KEADILAN sememangnya komited dalam usaha memperkasakan wanita khususnya bagi menggalakkan penglibatan meraka dalam politik dan pentadbiran negara, memandangkan Laporan Forum Ekonomi Dunia (WEF 2023) mendedahkan Malaysia berada di tangga tercorot dalam kalangan negara ASEAN bagi penguasaan dan pembabitan wanita dalam politik.


"Kekangan kewangan menjadi salah satu faktor utama kepada kaum wanita daripada terus maju di bidang politik. Wanita yang bekerjaya kebanyakannya membantu keluarga dari segi kewangan manakala suri rumah pula tiada sumber pendapatan.


"Maka dengan inisiatif ini, usaha untuk mencalonkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita bertanding dalam PRN dan PRU akan datang dapat direalisasikan dengan dana permulaan berjumlah RM50,000 dan disasarkan akan bertambah dari semasa ke semasa menjelang kongres dan persiapan PRN serta PRU yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi Wanita KEADILAN Pulau Pinang pula, katanya, tabung itu akan merancakkan lagi aktiviti dan kegiatan Wanita apabila mereka mempunyai jaminan untuk melebarkan peluang kerjaya di bidang politik.


"Dengan inisiatif di peringkat negeri dan penubuhan Tabung 30WReps di peringkat nasional, saya berharap seluruh 21,000 anggota Wanita KEADILAN Pulau Pinang mengambil peluang ini untuk melonjakkan diri dalam bidang politik sebagai satu anjakan paradigma kepada setiap individu," katanya lagi.


Sebelum ini, tambah Nurhidayah, dasar Kerajaan Negeri dan kepimpinan Wanita KEADILAN Pulau Pinang sentiasa menggalakkan Wanita aktif dalam politik dengan menganjurkan program-program seperti kursus kepimpinan, penjanaan pendapatan wanita serta menyertai Sidang Wanita yang diadakan setiap tahun sejak 2020.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page