top of page

T15 ganti T20: Kaedah pengkelasan baharu akan diumum - Rafizi



Pengekelasan kategori isi rumah T15 yang tidak layak menerima manfaat subsidi seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2025 masih diperhalusi sebelum diumumkan pada tahun hadapan.


Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pengkelasan terbaharu itu yang dirujuk Perdana Menteri (PM) dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat lalu adalah untuk memastikan penyasaran subsidi dilakukan dengan lebih adil dan kelompok itu merupakan yang teratas dalam hierarki ekonomi, pada waktu ini dikenali sebagai T20.


"Bila Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebut T15, itu merujuk kepada kaedah yang akan diumumkan nanti.


"Ia (pengkelasan baharu) akan ambil kira banyak faktor lain. Selepas kita putuskan, baru kita akan ada populasi (bagi setiap kategori), kemudian kita akan letakkan garis statistik (kategori pendapatan)," katanya dipetik BH selepas merasmikan Hari Statistik Negara 2024 dan Pra Pelancaran Laman Statistik di sini, hari ini.


Bagaimanapun, kata Rafizi, pengkelasan kategori isi rumah bagi setiap peringkat itu tidak akan menggunakan data pendapatan isi rumah kasar sedia ada tetapi mengambil kira perbelanjaan asas isi rumah untuk menjalani kehidupan wajar, bergantung kepada beberapa pemboleh ubah yang akan ditentukan.


Sewaktu pembentangan belanjawan lalu, PM berkata, kerajaan akan melaksanakan penyasaran subsidi RON95 pada pertengahan2025 dengan kategori T15 tidak akan menikmati subsidi berkenaan.


Dalam pada itu, Rafizi menjelaskan kerajaan sememangnya akan beralih kepada penggunaan konsep pendapatan isi rumah bersih kerana pengukuran berdasarkan konsep sedia ada dilihat tidak adil dan ramai rakyat yang tercicir.


"Perinciannya sedang dibincangkan dan bila kita kata T15, ia akan merujuk kepada pendekatan yang seimbang, yang mengambil kira lokaliti, tanggungan kerajaan dan sebagainya.


"Ia bukan seperti yang (dibincang) dalam media sosial, jika kamu gaji sekian-kian, kamu tidak dapat. Ia tidak boleh potong garisan begitu kerana banyak pemboleh ubah yang perlu dilihat, bukan pukul rata.


"Kita lihat berapa banyak pemboleh ubah yang kita ingin pakai dan padankan untuk beri keadilan. Jika pakai pemboleh ubah ini, cukup atau tidak tanggungan RM12 bilion subsidi ini," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page