top of page

T'ganu tercorot penambahan hasil, sampai bila bergantung kepada minyak?



Kerajaan Negeri Terengganu diperintah Pas didapati berada pada kedudukan tercorot dalam statistik penambahan hasil negeri.


Bagi Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, statistik terbaharu itu membuktikan pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak mampu mewujudkan industri atau perniagaan baharu yang berkembang dan boleh dicukai bagi meningkatkan hasil selain bergantung kepada wang ihsan petroleum daripada Petronas.


"Kerajaan Negeri Pas ternyata gagal untuk mencari sumber ekonomi bagi menambah hasil negeri sepanjang pemerintahan mereka di Terengganu sejak 2018," kata Ahmad Nadhir dalam satu kenyataan.


Beliau dalam pada itu turut kecewa terhadap dasar kerajaan Pas Terengganu yang kekal menghapuskan cukai pintu sedangkan hasil kutipan itu amat membantu dalam membaiki insfrastruktur awam di pekan atau kampung yang tidak mampu dibiayai secara keseluruhan oleh peruntukan Kerajaan Negeri.


"Kerajaan Pas dalam hal ini ambil satu langkah popular tetapi merugikan, iaitu dengan menghapuskan cukai pintu. Memang popular di kalangan 'walaon' tetapi bila hapus cukai pintu, hasil tak ada, ekonomi negeri pun makin menguncup," ujarnya.


Sehubungan itu, kata Ahmad Nadhir, Pas Terengganu tidak perlu meneruskan retorik kononnya Kerajaan Persekutuan zalim kerana tidak membayar 'royalti' minyak, sedangkan berdasarkan statistik negeri Pahang yang tidak mempunyai hasil minyak pun mampu mencatat pertambahan hasil negeri paling banyak melebihi RM1 bilion.


Katanya, Kerajaan Pas Terenggau ternyata gagal memerintah dan tidak sewajarnya terus disokong dalam pilihanraya akan datang.


"Kerajaan Pas gagal untuk menambah hasil negeri tetapi asyik menggunakan isu royalti untuk mengaburi ketidak upayaan mereka mentadbir.


"Jelas sekali Pas sebenarnya hanya pandai guna agama untuk mendapatkan kuasa. Tetapi bila dapat kuasa, tidak mampu mentadbir, mereka hanya menjual slogan agama untuk kepentingan diri mereka," katanya lagi.


Baru baru ini, terbit statistik perbandingan peningkatan hasil negeri yang menjadi bualan di media sosial. Statistik yang dirumus berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2018 dan Belanjawan 2025 itu menyatakan Pahang merupakan negeri paling banyak mencatat pertumbuhan hasil iaitu RM1.19 bilion pada 2025, manakala Terengganu di kedudukan tercorot dengan hanya RM263 juta.


Pahang mencatat 174.9% peningkatan tetapi Terengganu mencatat -7.0%.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page