top of page

Syed Hussien calon berkaliber bakal pertahan DUN Mahkota



Oleh: Noraini Nordin


SOROTAN PRK DUN MAHKOTA: Selepas kejayaan cemerlang calon Perpaduan dalam PRK di Nenggiri, Kelantan kini DUN Mahkota pula menjadi tumpuan.


Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah akhirnya dimuktamadkan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini.


Nama calon itu diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon BN bagu PRK Dun Mahkota, petang semalam.


Persetujuan bersama


Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor berkata, pemilihan Syed Hussein diputuskan selepas perbincangan dan persetujuan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Pemilihan Syed Hussein yang mewakili golongan muda sebagai calon adalah pendekatan terbaik dalam meneruskan kejayaan di DUN Nenggiri sebelum ini.


Waktu ini adalah era golongan muda dan di mana-mana juga di dunia keyakinan rakyat kepada golongan muda yang berwibawa serta berbakat dalam kepimpinan sangat disanjung tinggi.


Generasi penerus kepimpinan


Golongan muda dianggap sebagai penerus kepimpinan yang mana bakat serta idea mereka perlu dipupuk dan diketengahkan.


Meletakkan calon muda bermakna mudah untuk mengulangi kejayaan di Nenggiri.


Sehubungan itu, Onn Hafiz berharap lebih 60,000 pengundi DUN Mahkota akan memberi ruang dan peluang kepada Syed Hussien untuk meneruskan legasi Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain sebelum ini.


"Syed Hussien ini calon berwibawa yang boleh kita ketengahkan daripada banyak calon berkaliber. Kita memilih beliau untuk meneruskan perjuangan dan perkhidmatan Datuk Sharifah Azizah.


"Walaupun berusia 40 tahun dan masih merupakan seorang calon muda, beliau telah berkhidmat agak lama dalam politik.


"Saya ada keyakinan beliau boleh memastikan BN menang pada 28 September ini," kata Onn Hafiz lagi.


PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah pada 2 Ogos lepas.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page