top of page

Syarikat SG4 hanya berguna jika mampu dapatkan teknologi REE China



Kumpulan empat negeri pembangkang PN yang menubuhkan syarikat SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group) dalam persidangan SG4 kelmarin berharap dapat melombong unsur nadir bumi (REE) di Terengganu dan Kedah dan hasilnya dikongsi ke Kelantan dan Perlis.


Dengan itu, empat negeri pembangkang tersebut akan menjadi kuasa ekonomi baharu di Malaysia.


Bagaimanapun menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, angan angan itu hanya akan menjadi kenyataan sekiranya syarikat yang ditubuhkan boleh bekerjasama dan memindahkan teknologi pemprosesan REE dari China ke Malaysia kerana undang undang berkaitan REE di negara ini mensyaratkan penjualan REE hanya setelah bahan itu diproses, bukannya pada tahap bahan mentah.


"Industri REE dikuasai hampir 90% oleh negara China. Teknologi memproses REE hanya dimiliki oleh syarikat-syarikat milik Kerajaan China. Hanya ada beberapa buah syarikat bukan China yang mempunyai teknologi ini.


"Perbincangan di peringkat Kerajaan Persekutuan telah memutuskan agar usaha di peringkat Kerajaan dimulakan untuk meyakinkan pelabur-pelabur untuk berkongsi teknologi pemprosesan REE dengan membuka kilang pemprosesan di Malaysia.


"Kemampuan sebenar Tun Mahathir (penasihat SG4) akan terserlah sekiranya beliau berjaya membawa satu pelaburan asing yang membawa teknologi pemprosesan REE untuk dikongsi di sebuah kilang di Malaysia," katanya dalam catatan di Facebook.


Rafizi berharap wujud 'persaingan sihat' dalam membawa masuk pelabur. Malah lebih sihat sekiranya Kerajaan Negeri boleh membuktikan syarikat berkaitan kerajaan dalam industri REE China dibawa masuk terus ke negeri pembangkang terbabit.


"Kerajaan Persekutuan dan PN yang mentadbir empat buah negeri ini (perlu) berlumba-lumba membuktikan siapa yang paling handal membawa teknologi pemprosesan REE ke Malaysia.


"Jika tidak, rancangan yang diumumkan di Bangi itu hanya kekal menjadi hasrat sahaja," katanya lagi.


Para pemerhati ekonomi agak sinikal mengenai usaha pelaburan SG4 Group dalam isu REE memandangkan pelaburan besar melibatkan teknologi pemprosesan biasanya hanya boleh dibawa masuk oleh Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan Negeri.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page