top of page

Syarikat Bumiputera perlu jadi majoriti pegang pensijilan halal

Updated: Sep 15



Kontroversi sijil halal khususnya kepada restoran bukan muslim sejak seminggu lalu mendedahkan pelbagai perkara remeh temeh di sekitar persijilan itu yang dibincangkan oleh rakyat rakyat negara ini.


Menurut aktivis Pakatan Harapan Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz, polemik sijil halal tersebut sebenarnya mendedahkan sikap segelintir orang Melayu yang suka melatah apabila kaum Cina membantah syarat memohon sijil halal bagi restoran yang dikunjungi orang Islam.


Sedangkan, katanya, majoriti orang Melayu muslim sendiri tidak pula beriltizam untuk jadi pengeluar produk atau restoran yang mempunyai sijil halal.


Hal itu, kata Syam Ghaz, hanya membantutkan usaha Kerajaan Madani untuk menjadikan Malaysia sebagai hab produk halal dunia.


"Sedangkan 165,026 daripada keseluruhan 229,204 produk yang mempunyai sijil halal di negara kita dimiliki oleh syarikat bukan Islam, hanya 37,466 (produk) Bumiputera memiliki sijil tersebut.


"Tahniah Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, terus galakkan restoran muslim perlu mendapatkan pensijilan halal bagi tingkat standard dan kualiti halalan toyibban di Malaysia," katanya.


Syam Ghaz merujuk data terbaharu yang diumumkan JAKIM. Menurut badan yang bertanggungjawab mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) itu, untuk tempoh berakhir pada 31 Disember 2022, terdapat 7,742 syarikat memegang pensijilan halal Malaysia dengan 59% daripadanya adalah syarikat bukan Bumiputera.


Menurut beliau, sekiranya peniaga muslim berusaha untuk mendapatkan sijil halal maka orang Melayu Islam tentunya akan lebih peka untuk memeriksa status produk atau restoran biar pun dimiliki oleh orang Islam.


Hal itu, katanya, boleh mengelakkan bukan Islam misalnya menyamar sebagai penyedia makanan halal sedangkan mereka tidak menyediakan makanan mengikut kaedah yang betul.


"Ia secara tidak langsung dapat mengawal pembiakan restoran mamak, pendatang asing, restoran bukan Muslim yang mensajikan makanan yang tidak sihat atau tidak bersih dan haram kepada muslim," katanya.


Lebih daripada itu, jelas Syam Ghaz, muslim seharusnya menguasai industri produk halal dunia yang bernilai lebih RM500 bilion, bukannya setakat menjadi pengguna produk halal tanpa menjadi pengilang atau pengeluarnya.


Bagaimanapun, beliau turut mengingatkan Menteri Agama, Datuk Dr Naim Mokhtar, selain menggesa restoran memohon sijil halal, proses persijilan itu jangan terlalu rumit sehingga memerlukan kos yang tinggi untuk memperolehinya.


"Menteri kena adjust percepatkan proses persijilan halal, rendahkan kadar bayaran dan kurangkan birokrasi pegawai JAKIM seluruh Negara.


"Jika ada pegawai kurang, minta tambahkan pegawai dan penolong pegawai seluruh negara," katanya lagi.


Beliau turut mengingatkan, sekiranya terdapat pegawai yang melakukan amalan rasuah dalam proses persijilan itu maka sewajarnya mereka dihukum berat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page