top of page

'Syaratkan rekod penyelenggaraan berkala mohon subsidi diesel'



Seorang ahli akademik menyarankan kerajaan menjadikan rekod pematuhan penyelenggaraan kenderaan secara berkala sebagai syarat dalam mempertimbangkan permohonan subsidi diesel syarikat kenderaan perdagangan.


Mohamed Ismail KP Pakir Mohamed dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkata langkah itu bertujuan mendorong pemilik syarikat untuk sentiasa memastikan jentera mereka sentiasa selamat digunakan di atas jalan raya.


"Perkara ini memerlukan komitmen dan sudah tiba masanya pemilik syarikat mengambil tanggungjawab memastikan kenderaan berat milik mereka selamat digunakan dan pastikan dalam pelan perniagaan, ada diperuntukkan untuk kos penyelenggaraan.


"Mereka boleh mencontohi pemilik syarikat kenderaan perdagangan di Jepun dengan wujudkan safety officer, yang berperanan memeriksa keadaan kenderaan sebelum bergerak keluar dan masuk daripada premis syarikat mahu pun tapak projek," katanya dipetik.


Minggu lalu, tujuh dilapor maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan MPV di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Ayer Keroh, Melaka.


Siasatan awal pihak berkuasa mendapati kemalangan itu berpunca daripada tayar lori treler yang tercabut menyebabkan bas persiaran yang cuba mengelaknya terbabas dan merempuh tiga kenderaan lain dari arah bertentangan.


Mohamed Ismail sementara itu tidak menolak terdapat sesetengah pemilik syarikat kenderaan perdagangan mengambil ringan pematuhan aspek keselamatan.


Namun kerajaan tegasnya boleh mengatasinya isu itu dengan memberi insentif seperti pelepasan cukai kepada syarikat yang mematuhinya dengan cemerlang.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page