top of page

Syarat keselamatan taman tema di seluruh Selangor diperketat - Exco



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor bakal memperketat syarat keselamatan semua taman tema dan tempat hiburan di negeri itu.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, langkah itu bagi memastikan standard keselamatan dan pematuhan industri rekreasi dipatuhi bagi keselamatan pengunjung.


Mengulas insiden pelampung permainan gelongsor air kaca jatuh dan menimpa pengunjung di sebuah taman tema baru-baru ini beliau berkata, prosedur kelulusan setiap taman tema bakal diteliti semula selain memastikan taman tema beroperasi mengikut piawaian yang ditetapkan.


"Kerajaan Negeri mengambil maklum mengenai insiden yang menimbulkan kebimbangan orang ramai berkenaan keselamatan dan pematuhan peraturan di taman tema.


"Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengeluarkan enam notis dan arahan susulan daripada tiga lawatan tapak yang dijalankan pada November dan Disember lalu bagi memastikan semua prosedur perancangan dan keselamatan dipatuhi sebelum

"Bagaimanapun, pihak berkenaan masih gagal mematuhi arahan yang ditetapkan, MBSA mengambil langkah termasuk pengeluaran kompaun dan arahan pemberhentian operasi sehingga semua kelulusan dipenuhi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Terdahulu, polis mengesahkan seorang pengunjung cedera selepas sebuah pelampung permainan gelongsor air kaca di sebuah taman tema di Seksyen 7, di Shah Alam terjatuh dan menimpa mangsa, Rabu lalu.


Dalam kejadian 11 malam itu, mangsa berusia 20-an tidak mengalami kecederaan serius dan menerima rawatan di sebuah klinik berhampiran.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page