top of page

Syarat kelayakan program STEM di IPTA, politeknik dilonggarkan



Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melonggarkan syarat kelayakan bagi pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), termasuk politeknik.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, langkah tersebut bertujuan menangani kekurangan graduan dalam bidang kritikal sekali gus memastikan keperluan tenaga kerja berkualiti dalam sektor berteknologi tinggi dapat dipenuhi.


Selain itu jelasnya, keputusan itu juga bagi membuka ruang untuk pelajar yang tidak mengikuti pengajian STEM tulen di sekolah mendapat peluang melanjutkan pengajian ke politeknik.


"Sekarang ini pun sebenarnya kita sudah turunkan (longgarkan syarat), dan kita banyak menerimanya di politeknik kita.


"Sekarang ini memang kita terpaksa adjust (menyesuaikan) supaya memberi ruang kepada (pelajar) yang bukan (bidang) STEM tulen untuk masuk ke bidang-bidang STEM, terutama di politeknik," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya mengadakan lawatan kerja dan sesi dialog 'Talk To Us' di Politeknik Ungku Omar (PUO) Ipoh petang semalam.


Mustapha sementara itu memaklumkan, satu jawatankuasa khas melibatkan KPT, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) telah dibentuk bagi menangani kemerosotan bilangan pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang STEM.


Sesi perbincangan itu kini di peringkat jawatankuasa teknikal dan semua dapatan bakal diteliti bagi memastikan masalah tersebut diselesaikan dengan kaedah yang bersesuaian.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page