top of page

Suruhanjaya Komunikasi berjaya sekat 3.1 bilion panggilan scam



Oleh: Akmal Manaf


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya menyekat lebih 3.1 bilion panggilan scam dan memproses hampir 12,000 aduan pada tahun lalu, umum Fahmi Fadzil.


Susulan pengumuman positif tersebut, Menteri Komunikasi menyifatkan hal itu sebagai satu pencapaian penting yang menggambarkan ketegasan Malaysia dalam menangani ancaman siber dan memupuk persekitaran digital lebih selamat.


"Penting untuk mengimbangi kemajuan teknologi dengan peraturan yang kukuh bagi memastikan pertumbuhan teknologi mampan dapat diteruskan.


"Meskipun teknologi memacu kemajuan, namun ianya perlu disokong dengan peraturan yang melindungi pengguna dan pada masa sama menggalakkan inovasi," katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucaptama selepas menghadiri Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2025 (IRC 2025), di ibu negara, semalam.


Dalam pada itu, Fahmi turut memaklumkan bahawa SKMM menerima 4,699 permohonan untuk menurunkan kandungan berunsur penipuan dan perjudian di media sosial dalam tempoh tujuh hari, bermula 1 Januari lalu.


Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, daripada 4,699, sebanyak 72% berkait isu judi dalam talian dan 14% hantaran berunsur penipuan.


"Secara keseluruhan, 86 peratus daripada kandungan yang diminta untuk diturunkan adalah berkait rapat dengan isu perjudian dalam talian dan scam.


"Angka tersebut merupakan yang terkini dicatatkan oleh SKMM setakat jam 9 pagi tadi," ujarnya.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page