top of page

Surau digalak jadi pusat komuniti, guna platform sukan tambah dana



Surau di negara ini perlu dijadikan pusat kumuniti dan memberi manfaat kepada kerukunan sosial di sesuatu kawasan.


Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, surau juga boleh mengutip dana untuk membuat lebih banyak aktiviti dengan kerjasama platform sukan.


Beliau berkata demikian dalam mengulas program golf amal kutipan dana 'Chip In for Charity' yang berlangsung di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai, Negeri Sembilan pada ahad.


Program itu dijalankan bagi mengutip dana untuk pembangunan di Surau Garden Residence (SGR), Cyberjaya, Selangor.


"Kita memang sokong bila ada pihak yang menggunakan sukan sebagai salah satu cara untuk dapatkan sumbangan kepada masyarakat dalam pembinaan sebuah surau.


"Seperti yang kita tahu, surau bukan hanya tempat ibadah, sebab ia juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk komuniti.


"Jadi, secara tidak langsung, kita dapat tengok macam mana sukan, macam golf sendiri pun menyumbang balik kepada pembinaan komuniti itu sendiri," kata Adam Adli dipetik portal Majoriti.


Menurut portal itu hasil daripada kutipan dana kejohanan golf berkenaan akan digunakan bagi menambah baik struktur bangunan sekali gus sebagai persediaan menaik taraf rumah ibadah itu sebagai surau solat Jumaat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page