top of page

Sungai Bakap 'gadis jelita' yang jadi rebutan calon-calon PRK



Oleh: Noraini Nordin


SOROTAN DARI DUN SUNGAI BAKAP: Sungai Bakap kini mula menjadi tumpuan umum setelah kerusi wakil rakyat di DUN tersebut kosong berikutan kematian ADUNnya, Nor Zamri Latif pada 23 Mei lalu di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.


Ibarat 'gadis jelita' yang menjadi rebutan sang jejaka begitulah pesona DUN Sungai Bakap yang bukan sahaja menjadi perhatian umum tetapi juga menjadi rebutan bakal-bakal calon yang bertanding mewakili parti masing-masing pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.


Sejak kekosongan luar jangka kerusi DUN N.20 itu diumumkan, kumpulan penyelidik daripada pelbagai parti sudah mula melakukan risikan dalam kalangan penduduk kawasan tersebut.


Wakil wakil pelbagai parti juga 'turun padang' silih berganti, siap siaga untuk menawan Sungai Bakap.


Rumah-rumah penginapan serta hotel sudah mula ditempah sehingga penghuiung Julai.


Begitu juga di kawasan persekitaran termasuk Batu Kawan, Seberang Jaya dan seluruh Parlimen Nibong Tebal.


Selain itu penginapan di Kulim juga turut mengalami tempahan mendadak yang ada kaitan dengan PRK Sungai Bakap.


Medan ujian menguji pengaruh


Suhu politik di Sungai Bakap pasti panas kerana DUN ini sekali lagi menjadi medan untuk parti-parti bertanding menguji tahap sokongan masing-masing khasnya bagi calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan.


Pekan Sungai Bakap bakal meriah dilimpahi petugas pilihanraya sedikit masa lagi

Tinjauan awal penulis di Sungai Bakap mendapati arus sokongan sudah mula kembali kepada Pakatan Harapan (PH) berbanding parti lawan.


Melalui temu bual dengan pengundi, kesedaran terhadap perlunya ADUN yang dipilih mesti selari dengan Kerajaan Negeri dan Persekutuan sudah meningkat.


Celik politik


Yang celik politik yakin banyak kelebihan apabila ADUN bersama Kerajaan dari peringkat negeri hingga pusat. Berbeza jika ADUN dari parti pembangkang.


Jika arus terus memihak kepada PH dan diterjemahkan di kertas undi dalam PRK ini bermakna bendera PH kembali megah berkibar di bumi Sungai Bakap yang menjadi kubu PH sejak Pilihan Raya Umum 2008 lalu.


Untuk rekod dalam Pilihan Raya Negeri Ogos 2023 lalu calon Pas, Nor Zamri mendapat undi 15,433. Calon Pakatan Harapan - Norhidayah Che Ros meraih 13,870 undi.


Pengundi Melayu merupakan majoriti 59.4%, kaun Cina 22.5%, India 17.8% manakala lain-lain kaum sebanyak 7%.

_________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page