top of page

Sumbangan dana: NGO setuju keputusan Kabinet, jangan politikan pendidikan



Oleh: Abdullah Zaid


Isu sumbangan dana bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan atau vernakular tidak perlu dipanaskan sehingga menjadi isu perkauman.


Pengerusi NGO Komuniti Pendidik Madani, Abas Awang berkata, isu cara mana sumbangan dana diberikan kepada sekolah telah pun diperincikan dalam pekeliling yang terbit sejak 2018 lalu dan diperakui untuk terus digunakan pada waktu ini oleh Jemaah Menteri.


Oleh itu katanya, sesiapa sahaja tidak perlu mempolitikkan isu tersebut yang jelas melarang promosi arak, rokok dan judi di sekolah secara berlebihan.


"Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bil. 3 Tahun 2018, panduan dan tatacara penyaluran bantuan kepada sekolah kerajaan dan bukan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun digunapakai dengan baik dan lancar sejak sekian lama.


"Sehubungan itu, keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Julai 2024 yang melarang promosi arak, rokok, dan judi di kawasan sekolah adalah disokong penuh (oleh Komuniti Pendidik Madani).


"Ini adalah langkah penting untuk melindungi pelajar daripada terdedah kepada elemen yang tidak sihat," katanya dalam satu kenyataan.


Jelas beliau, pihaknya bersetuju bahawa jenama yang berkaitan aktiviti kurang sihat tersebut tidak dipamerkan di sekolah seperti ketetapan yang dibuat dalam acara sukan mahupun pawagam.


Dalam pada itu, Abas juga tidak menolak sumbangan dana daripada syarikat tersebut yang diberi pengecualian dalam Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bil. 3 Tahun 2018 berkenaan dengan syarat tidak melibatkan murid beragama Islam.


"Kami mengesyorkan agar sekolah dibenarkan menerima sumbangan melalui yayasan pendidikan atau dana Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dari syarikat-syarikat berkenaan, tanpa melibatkan murid dan guru beragama Islam.


"Sumbangan ini perlu disalurkan dengan telus dan diaudit, untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan atau imej negatif," katanya lagi.


Isu sumbangan dana ke sekolah menjadi polemik baru baru ini apabila tular gambar Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu di belakang replika cek sebuah syarikat arak dalam satu majlis mengumpul dana di sebuah sekolah vernakular.


Hal itu diselesaikan selepas mesyuarat Jemaah Menteri yang mengekalkan Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bil. 3 Tahun 2018 memberi pengecualikan kepada sekolah vernakular.


Bagaimanapun, isu berkenaan diperbesarkan oleh laskar siber dan pemimpin pembangkang dengan memainkan isu kononnya Kerajaan Madani memberi lebih peruntukan atau begitu mengambil berat terhadap fasiliti sekolah vernakular berbanding sekolah kebangsaan yang majorti murinya anak anak Melayu-Bumiputera.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page