top of page

Sumbangan Asas Rahmah disalurkan melalui MyKad mulai Rabu



Kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui kad pengenalan atau MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar seluruh negara bermula Rabu ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyaluran SARA melalui MyKad dibuat bagi memastikan golongan miskin menerima manfaatnya dalam bentuk barangan termasuk makanan asas.


"Menjunjung prinsip kesaksamaan dan nilai manusiawi yang menghidupkan kerangka Ekonomi Madani, penyusunan semula kewangan kerajaan ini memastikan hasilnya dapat memanfaatkan rakyat terbanyak," kata kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini.


Kementerian Kewangan memaklumkan kadar bantuan SARA ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar di dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun sebelumnya.


"Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi Januari hingga Mac 2025," katanya.


Kadar bantuan itu akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan mulai April depan, kata kenyataan itu.


"Mekanisme yang seragam ini adalah penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Labuan," katanya.


Anwar yang jug Menteri Kewangan berkata penambahbaikan SARA merangkumi sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA ke tahap tertinggi dalam sejarah iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.


Selain itu, 5.4 juta penerima STR turut akan menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025.


Ini terdiri daripada 700,000 penerima SARA sedia ada dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tidak berada dalam rekod eKasih.


Bagi kategori isi rumah, tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan.


Golongan warga emas tiada pasangan pula akan menerima sumbangan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan.


Di bawah program SARA, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,200 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada tahun 2024.


Penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barang keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page