top of page

Sultan T'ganu zahir penghargaan kepada Pusat lulus projek RM13.56 bilion

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read

Sultan Mizan bertitah ketika Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri ke-15
Sultan Mizan bertitah ketika Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri ke-15

Oleh: Helmi Mohd Foad


Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan sebanyak 408 projek pembangunan di negeri itu dengan peruntukan sebanyak RM13.56 billion sepanjang sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).


Baginda bertitah pelaksanaan projek ini telah memberikan pelbagai manfaat kepada rakyat termasuk mempertingkatkan kemudahan infrastruktur serta memperkukuh daya saing komuniti secara menyeluruh.


"Justeru, Beta menyarankan agar Kerajaan Negeri terus memperhebat usaha serta merangka perancangan yang lebih strategik bagi memastikan setiap projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dapat dilaksanakan dengan jayanya.


"Bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Negeri perlu memperkukuh hubungan serta mempererat jalinan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pelaksanaan dasar dan inisiatif pembangunan yang berkesan, seterusnya menjamin kesejahteraan masyarakat serta memacu pertumbuhan ekonomi," titah baginda ketika Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri ke-15 hari ini.


Titah Sultan Mizan menjelang 2026, Rancangan Malaysia Ke-13 bakal membuka tirai dengan harapan dan perancangan baharu demi kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat.


Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, atas usaha berterusan memperkukuh sektor ini menerusi Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan bersama Kerajaan Negeri.


"Inisiatif strategik ini bukan sahaja memastikan kestabilan dan keselamatan bekalan makanan negara, malah turut sejajar dengan sasaran Self-Sufficiency Ratio (SSR), sekali gus memperkasa daya saing sektor pertanian," titah baginda.

Bagi memastikan sektor pertanian terus berdaya saing, Kerajaan Negeri telah melancarkan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2024-2030 yang menggariskan enam teras utama sebagai panduan ke arah pembangunan sektor pertanian negeri yang lebih mampan dan inovatif, titah baginda.

Beta berharap agar pelan strategik ini menjadi pemangkin kepada transformasi besar dalam memodenkan sektor pertanian, memperkukuh rantaian nilai serta pemasaran, dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan para petani.


Dalam pada itu, Sultan Mizan bertitah Terengganu telah mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 2.3 peratus, dengan nilai mencecah RM38.2 bilion pada 2023.


Sektor perkhidmatan kekal sebagai penyumbang utama dengan sumbangan sebanyak 52 peratus, diikuti oleh sektor pembuatan 36.9 peratus dan sektor pertanian 7.5 peratus, titah baginda.


"Sektor pertanian, khususnya, mencatatkan lonjakan yang amat memberangsangkan dengan pertumbuhan sebanyak 7.4 peratus, suatu peningkatan ketara berbanding kemerosotan negatif 4.7 peratus pada tahun 2022.


"Pemulihan ini didorong oleh perkembangan pesat dalam subsektor tanaman, terutama buah-buahan dan sayur- sayuran, serta prestasi cemerlang subsektor perikanan," titah baginda lagi.


Sultan Mizan turut menggesa kerajaan negeri agar melaksanakan perancangan, pengurusan kewangan dan perbelanjaan secara sistematik dan berkesan bagi mencapai pertumbuhan KDNK antara 2.8 hingga 3.4 peratus yang disasarkan.


Dalam Belanjawan 2025, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.887 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page