top of page

Sultan Sharafuddin titah tubuh jawatankuasa pulih kanak-kanak GISBH



Oleh: Azuan Ab Rahman


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya jawatankuasa bagi meneliti program pemulihan khusus bagi kanak-kanak yang diselamatkan daripada premis Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) segera dibentuk.


Selangor Royal Office menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan Sultan Sharafuddin menegaskan penubuhan jawatankuasa itu tidak dilengah-lengahkan kerana ia membabitkan masa hadapan kanak-kanak berkenaan.


Menurut hantaran itu, jawatankuasa yang ditubuhkan akan bertanggungjawab bagi penghasilan kertas kerja terperinci untuk mengenal pasti kaedah pemulihan terbaik membabitkan lebih 600 kanak-kanak berkenaan.


"Jawatankuasa ini kelak akan melapor terus kepada Tuanku Sultan serta bertanggungjawab memulihkan kanak-kanak ini, seterusnya diintegrasikan semula ke dalam masyarakat dalam tempoh yang ditetapkan," kata hantaran itu.


Baginda sebelumnya berkenan menerima menghadap Exco Agama Islam Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah dan Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Senator Datuk Salehuddin Saidin di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.


Terdahulu Dr Mohamad Fahmi melalui satu kenyataan media pada Selasa memaklumkan, Kerajaan Selangor menubuhkan penubuhan pasukan khas itu berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 2 Oktober lepas.


Pasukan itu akan memberikan tumpuan kepada kaedah-kaedah pemulihan akidah selain kebajikan, isu kesihatan dan perkembangan mental-fizikal untuk memastikan kanak-kanak ini dapat dipulihkan dan diintegrasikan semula ke dalam masyarakat.


Sehubungan itu menurut Dr Mohamad Fahmi, mesyuarat pertama pasukan khas berkenaan akan berlangsung pada 11 Okt ini dengan dipengerusikan oleh beliau dan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page