top of page

Sultan Selangor perkenan fatwa GISBH menyeleweng dari akidah Islam



Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan fatwa terkini yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri itu bahawa pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaiannya adalah menyeleweng daripada akidah Islam sebenar.


Selangor Royal Office dalam kenyataan berkata pemimpin, pengikut, pekerja atau ahli GISBH diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa oleh kumpulan Darul Arqam yang diputuskan menyeleweng daripada akidah Islam dalam fatwa yang diwartakan pada 4 Februari 1993.


Menurut kenyataan itu, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang juga Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir telah menyembah maklum hasil mesyuarat khas jawatankuasa berkenaan kepada Sultan Sharafuddin pada 30 September lepas di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.


Jawatankuasa itu turut memutuskan bahawa fahaman, ajaran, pegangan atau amalan GISBH dan rangkaiannya mempunyai ciri-ciri yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah daripada aspek akidah serta syariat.


"Apa-apa variasi, bentuk atau cabang mana-mana fahaman, ajaran, pegangan atau amalan baharu yang mempunyai persamaan dengan semua atau sebahagian daripada elemen-elemen fahaman, ajaran, pegangan atau amalan ini adalah disifatkan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah," katanya.


Menurut kenyataan itu, butiran lanjut mengenai fatwa terkini berkenaan akan dihurai oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.


Pada 20 September lepas, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan berita berkaitan siasatan pihak polis terhadap kegiatan jenayah oleh GISBH dan rangkaiannya dan menitahkan agar semua rumah amal serta sekolah Islam di bawah kawalan organisasi itu yang tidak berdaftar atau disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah termasuk jenayah syariah, diarahkan tutup dengan segera selain tidak dibenarkan beroperasi di negeri itu.


Pada 11 September lalu, pasukan polis menyerbu 18 buah rumah amal GISBH di Selangor dan dua lagi di Negeri Sembilan dengan menyelamatkan ratusan kanak-kanak dipercayai anak-anak kepada ahli kumpulan syarikat itu yang didapati mengalami penderaan.


Mereka kini berada di dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Menerusi Op Global, polis telah menahan pemimpin tertinggi GISBH termasuk anak-anak pemimpin al-Arqam Ashaari Muhammad selain sejumlah ahli syarikat itu.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page