top of page

Sukuk 'wakalah bil-khadamat' perkukuh ekosistem pelaburan



Kerajaan akan memperkenalkan dimensi baharu untuk terbitan sukuknya melalui struktur 'wakalah bil-khadamat’, sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh ekosistem pelaburan di negara ini, demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata sukuk itu akan dimuktamadkan pada 2025 selain melengkapkan semua pengaturan dan persiapan yang diperlukan.


"Malaysia komited untuk melaksanakan inovasi dalam struktur sukuk, terutamanya untuk menyelaraskan dengan matlamat peralihan iklim dan tenaga, selain menekankan kepada kemampanan," kata beliau dalam ucaptama pada Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) di Kuala Lumpur hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan inovasi yang telah dilaksanakan sebelum ini melibatkan struktur sukuk ihsan SRI (pelaburan bertanggungjawab sosial) dan berkaitan dengan wakaf.


Dalam ucaptama itu, Perdana Menteri turut mengumumkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan melabur sehingga RM3 bilion dalam pelaburan patuh syariah melalui Dana Pemacu.


Pelaburan ini bertujuan memperkukuh syarikat tempatan Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan tinggi dan memacu ekosistem pelaburan teroka, kata beliau.


Perdana Menteri turut melancarkan Bursa Sosial pertama di negara ini yang akan ditubuhkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi menyediakan platform berstruktur untuk penyertaan modal swasta dalam projek dengan impak sosial yang positif.


"Ini akan memberi manfaat kepada entiti seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), perusahaan sosial dan majlis agama Islam negeri," katanya.


Anwar berkata inisiatif Pusat Aset Digital Islam (IDAC) Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC), yang akan meningkatkan dan melabur dana secara digital menggunakan teknologi blockchain, memperkenalkan token berlandaskan aset Islam dan sandbox kewangan digital Islam.


Beliau juga memuji industri perbankan Islam yang sama-sama memperuntukkan RM2.67 bilion dalam kemudahan pembiayaan bercagar melalui Platform Bersepadu Halal Halal Development Corporation untuk menyokong pembangunan industri halal Malaysia.


Beliau berkata perkongsian risiko perlu mentakrifkan bukan sahaja produk pengguna tetapi juga memberikan panduan kepada usaha kreatif peserta industri.


"Dalam tempoh tidak menentu ini, mengambil risiko adalah perlu supaya kita dapat mengatasi pencapaian sebelum ini dan benar-benar memanfaatkan potensi di hadapan kita," kata beliau.


Anwar menggalakkan institusi untuk melabur, berinovasi, menyepadukan dan berfikir di luar kotak dalam menawarkan penyelesaian yang belum diterokai oleh kewangan konvensional.


"Ini terutamanya, inovasi dalam sektor halal yang perlu jadi tumpuan utama untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam rantaian bekalan secara menyeluruh," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page