top of page

SUKMA 2026: Selangor hasrat libatkan semua daerah



Kerajaan Selangor belum membuat sebarang ketetapan berhubung pemilihan lokasi utama Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.


Exco Belia dan Sukan Najwan Halimi berkata, pihaknya mengambil pendirian terbuka berkenaan perkara itu termasuk cadangan supaya Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan Litar Antarabangsa Sepang dijadikan lokasi utama acara itu.


"Minggu depan penubuhan jawatankuasa sekretariat SUKMA dan selepas itu kita akan mesyuarat bersama Majlis Sukan Negeri (MSN) di semua negeri.


"Bulan Mac atau April nanti kita akan umumkan. Kita tidak tolak kemungkinan Litar Antarabangsa Sepang atau Stadium Merdeka. Opsyen masih terbuka," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya menyempurnakan perasmian Karnival Jelajah Belia Madani peringkat Kuala Selangor di Pantai Remis yang dihadiri Pengarah Eksekutif MSN Selangor Mohamad Nizam Marjugi.

Kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah sukan berprestij itu pada 1998. Kerajaan Negeri menganggarkan kos penganjuran temasya kali ini sekitar RM150 juta.


Sementara itu menurut Najwan, pihaknya berhasrat acara SUKMA dapat dianjurkan di seluruh daerah.


Langkah itu bagi memastikan limpahan ekonomi dapat dinikmati semua lapisan masyarakat, namun keputusan itu tertakluk kepada kemampuan daerah tersebut khususnya daripada segi penyediaan kemudahan sukan dan penginapan atlet.


"Perancangan kita untuk libatkan semua daerah supaya limpahannya dapat dinikmati masyarakat sekeliling kerana ini juga sebahagian daripada pelancongan sukan," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page