top of page

Sukma 2026: Selangor benteras sebarang unsur budaya songsang


Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan tiada sebarang unsur promosi atau normalisasi budaya songsang sepanjang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di negeri itu.

Exco Belia dan Sukan negeri Mohd Najwan Halimi menyatakan komitmen itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam semalam.


"Kita sedia maklum dengan isu yang berlaku mutakhir ini... antaranya membabitkan penganjuran acara muzik (lelaki berpakaian perempuan) dan insiden itu sangat kita kesali.


"Kita melihat ini mungkin sebagai sebahagian daripada usaha untuk menormalisasikan budaya kurang sihat, budaya songsang, dan untuk penganjuran SUKMA Selangor 2026 nanti kita mengambil ketetapan dan menjamin tidak sebarang unsur promosi atau menormalisasikan budaya seperti LGBT," kata Najwan dipetik.


Terdahulu, ADN Seri Serdang Abbas Salimmi Che Adzam bertanyakan usaha yang bakal dilaksana Majlis Sukan Negeri Selangor untuk memastikan perjalanan acara dwitahunan itu tidak dicemari dengan budaya yang dikaitkan dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) itu.


Ia susulan isu tular melibatkan lelaki muslim berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah program hiburan kendalian sebuah stesen televisyen baru-baru ini.


Mengulas lanjut, Mohd Najwan berkata kerjasama dan sokongan pelbagai agensi akan dilaksanakan dalam memastikan sebarang bentuk atau elemen berkaitan budaya LGBT dibanteras.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page