top of page

SUKMA 2024: Ganjaran RM10,000 menanti atlet Selangor raih pingat emas



Kerajaan negeri Selangor menawarkan insentif kemenangan RM10,000 untuk atlet negeri itu yang berjaya memenangi pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak.


Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, bagi acara berpasukan yang mempunyai lima orang ke bawah seperti badminton, sepak takraw, tenis dan squash, masing-masing akan menerima RM5,000 untuk satu pingat emas.


Manakala untuk acara berpasukan yang lebih besar seperti ragbi, bola sepak dan hoki, pemain akan menerima ganjaran RM3,000 setiap seorang.


"Ganjaran sebegini sudah ditetapkan sejak 2015 dan mengambil kira perubahan masa, kita ingin pertingkatkan atau menyemak semula ganjaran kepada atlet selepas tempoh yang agak lama.


"Saya harap dengan pengumuman ganjaran yang kita akan berikan ini dapat memberi semangat tambahan untuk diterjemahkan kepada pencapaian atlet dan kontinjen negeri pada SUKMA kali ini," katanya dipetik pada majlis penyerahan bendera kepada kontinjen Selangor ke Sukma 2024 di Shah Alam pada Sabtu.


Sukma 2024 menampilkan 37 sukan membabitkan 488 acara dan akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos ini.


Pada kejohanan kali ini, Selangor meletakan sasaran 61 pingat emas.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page