Oleh: Saiful Anuar Sulaiman
Sukarelawan Gerak Bina Harapan (GBH) yang telah menjalani kursus selama dua hari pada 22 dan 23 Julai lalu siap sedia memberi penerangan melawan tohmahan dan fitnah jahat yang dilemparkan pembangkang terhadap Kerajaan Madani.
Tekad berkenaan disuarakan oleh para peserta dalam majlis penutup yang dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan, Azrina Surip @Nurin Aina.
"Tahniah kepada NGO Gerak Bina Harapan Malaysia (GBH) yang berjaya mengumpulkan lebih 50 peserta selama dua hari untuk didedahkan dengan nilai-nilai Madani dan bina negara bangsa yang diperlukan untuk kelangsungan kerajaan Madani sekarang.
"Saya harap usaha NGO GBH ini akan dapat menokhtahkan bibit-bibit kebencian, tohmahan dan permusuhan yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam masyarakat," kata Nurin.
Dalam pada itu, Pengarah Bengkel Latihan Sukarelawan Madani, Sarimah Lisut, dalam ucapan beliau pula menyeru semua peserta agar siap menggalas tugas besar selepas pendedahan selama dua hari itu.
Sarimah berkata, sejarah pembinaan negara perlu ditekankan dalam sesi bersama masyarakat kelak bagi membantu menerangkan dasar kerajaan, tatakelola dan konsep negara berkebajikan.
Selain itu, peserta juga diingatkan untuk sama-sama menentang kebobrokan dan rasuah di peringkat akar umbi.
Comments