![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_998d01d1fe30457e84b832d5c21fb247~mv2.jpg/v1/fill/w_700,h_466,al_c,q_80,enc_avif,quality_auto/4449e2_998d01d1fe30457e84b832d5c21fb247~mv2.jpg)
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggerakkan sukarelawan Ayuh Bersih untuk melaksanakan aktiviti gotong royong membersihkan pantai Port Dickson sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu.
Menurut Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohamad Afif Anuar, sukarelawan Ayuh Bersih tersebut diwujudkan khusus untuk operasi pembersihan persekitaran pantai dan sungai, termasuklah membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Katanya, di samping membersih pantai objektif misi Ayuh Bersih adalah mendidik generasi muda mencintai alam sekitar.
![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_8b7696890db6456da8638c18ed32f429~mv2.jpg/v1/fill/w_660,h_440,al_c,q_80,enc_avif,quality_auto/4449e2_8b7696890db6456da8638c18ed32f429~mv2.jpg)
"Penganjuran program seperti ini bukan sahaja membawa mesej kepentingan menjaga alam sekitar yang cliche, tetapi menekankan aspek kemampanan supaya generasi akan datang tetap dapat menikmati pantai yang sama dengan generasi kini," katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, beliau turut teruja dengan penyertaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasir dalam aktiviti gotong royong itu.
![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_ca21af399d9449f0b3e88f2d3d895b69~mv2.jpg/v1/fill/w_660,h_440,al_c,q_80,enc_avif,quality_auto/4449e2_ca21af399d9449f0b3e88f2d3d895b69~mv2.jpg)
"Penyertaan figura politik dan pemimpin dalam program ini memberi mesej yang jelas bahawa usaha memastikan kemampanan alam sekitar adalah tanggungjawab semua, dan bukan semata-mata terletak pada pekerja pembersihan atau badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar semata-mata," katanya lagi.
Selain dua tokoh politik itu, gotong rotong di Pantai Tanjung Gemok itu dihadiri 50 orang peserta yang terdiri daripada Angkatan Muda KEADILAN Port Dickson dan Negeri Sembilan, anggota Cabang Port Dickson serta sukarelawan Ayuh Bersih.
Comments