top of page

Sukan sepatutnya menyeronokkan, tolak kekerasan kepada atlet



Kejadian jenayah yang menimpa tiga atlet pemain bola sepak Liga Super Malaysia tidak sewajarnya berlaku di negara yang bertamadun.


Insiden samun ke atas Akhyar Rashid; kes simbah asid terhadap seorang pemain kebangsaan, Faisal Halim dan serangan merosakkan cermin kereta pemain bola sepak negara, Safiq Rahim menunjukkan terdapat sesuatu yang tidak kena dalam kalangan peminat sukan tanah air sehingga mempunyai perilaku ekstrem.


Bagi aktivis sosial, Yuslaini Azmi, terdapat kemungkinan penyokong fanatik didakwa mendalangi salah satu atau lebih insiden terbabit.


Hal itu, katanya, memerlukan selepas ini persatuan sukan memikirkan tahap keselamatan atlet selain soal pengurusan sukan semata mata.

Yuslaini Azmi

"Kejadian ini seharusnya memberi iktibar kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya menitikberatkan soal keselamatan pemain kebangsaan kerana pemain merupakan aset utama persatuan ini.


"Saya khuatir mereka yang melakukan ini mungkin juga mempunyai dendam dengan orang yang mempunyai pengaruh dalam FAM, apatah lagi ada ura-ura mendakwa (insiden) untuk mencalarkan imej Presiden FAM yang sedang menggalas jawatan," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Yuslaini menggesa mana mana pihak agar tidak mengamalkan budaya ekstrem dalam sukan.


Katanya, peminat sukan perlu menjadikan aktiviti sukan sesuatu yang menyeronokkan, manakala pemain bola sepak perlu dijamin sebagai kerjaya yang menjanjikan masa hadapan bukannya berhadapan serangan jenayah.


"Kejadian serangan hanya menjadikan imej bola sepak negara tercalar teruk.


"Anda (penyerang) mungkin merasakan ini adalah satu 'dendam' atau 'permainan' tetapi hakikatnya menguburkan impian seorang pemain yang berusaha keras menjadi seberjaya ini, adalah satu bentuk kekejaman," katanya.


Oleh itu, Yuslaini menyeru peminat sukan negara agar bersolidariti dengan 3 pemain bola sepak yang sedang menghadapi trauma dalam kehidupan mereka ketika ini.


"Saya menyeru rakyat Malaysia yang bersolidariti pada hari ini menggunakan hashtag #ProtectThePlayers atau #SelamatkanPemainNegara bagi menunjukkan solidariti atas kejadian yang menakutkan industri bola sepak tanah air.


"Siapapun individu terbabit anda tidak boleh melebihi undang-undang negara kerana negara ini milik kita bersama," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page